Apabila Monetary Justice ke Bidang Politik

Apabila Monetary Justice Ke Bidang Politik; Perangkap-Perangkap Yang Harus Diawasi.    

Semasa Kerajaan Persekutuan Kanada bereksperimen dengan kredit awam (public credit) yang dikeluarkan pada skala nasional, provinsi Alberta, Kanada, terlibat dalam eksperimennya sendiri. Terlalu teruk dipukul “the Great Depression” penduduk Alberta memutuskan bahawa mereka memerlukan perubahan dari parti-parti politik semasa.  

Pada tahun 1935, mereka memilih sebuah Gerakan Keadilan Monetari yang disebut Parti Kredit Sosial (Social Credit Party), yang menjanjikan cara baru untuk menjalankan masyarakat, termasuk pembayaran dividen bulanan (pendapatan percuma bulanan) untuk setiap warganegara, harga barang yang munasabah dan wajar, dan perlindungan bagi penghutang pada masa-masa sulit. Mereka menuntut pemerintah yang di undi untuk mengambil alih sistem monetari dari bank-bank “pencipta wang dan hutang” milik swasta.  

Idea inovatif ini bergema dengan penduduk sengsara Alberta yang  yang memilih Parti Kredit Sosial untuk berkuasa dan mengekalkannya selama 35 tahun – paling lama mana-mana parti politik pernah memerintah di Alberta.  

Manifesto revolusional Parti Kredit Sosial bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana digagalkan oleh hasutan kepentingan politik mewakili industri perbankan. Walau bagaimanapun Parti Kredit Sosial yang bijak melakukan perkara terbaik seterusnya; ia membentuk sebuah Institusi Kewangan yang menghasilkan wang sebagai kredit pada buku nya seperti yang dilakukan oleh semua bank, yang disebut Cawangan Treasury  Alberta (“Alberta Treasury Branches”).

Komuniti perbankan swasta mengejek-ngejek usaha Pemerintah ini untuk bersaing, tetapi Cawangan Treasury  Alberta terbukti berjaya gemilang. Penduduk Alberta bergegas menyokong Cawangan Treasury  Alberta. Ia berkembang dari 6 Cawangan pada tahun 1938 menjadi 150 pada akhir Perang Dunia Kedua. Menjelang pertengahan 1940han, Cawangan Treasury  Alberta telah menjadi sektor penting dalam ekonomi Alberta. Menjelang tahun 1969 ia merupakan Institusi yang Dominan di Alberta di luar bandar.  

Pada tahun 1971 dengan sogokkan wang perbankan swasta, Parti Konservatif menggulingkan Parti Kredit Sosial, menghentikan Cawangan Treasury Alberta dari perkhidmatan awam, dan mengubahnya untuk menjadi replika bank biasa yakni digelar juga bankster semasa.  

Akan datang: Langkah Kanada ke Kedaulatan Monetari  

Petikan-petikan Reformis Monetari Islam dan Petikan yang teredit dari Buku Puan Ellen Brown’s “From Austerity to Prosperity- The Public Bank Solution.”  

Reformis Monetari Islam  

Muhammad Zahid Abdul Aziz  

zaziz@hotmail.com   realmoney.com.my   mmj.com.my  

Catatan: Solusi-solusi kita  semestinya Penyelesaian Islam yang akan dibuat berdasarkan parameter-parameter yang diperlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *