Contoh DiNegara Orang

Keadaan yang sama dinegara kita, malah diseluruh dunia dimana bank dibenar mencipta wang disetiap negara. Seandainya wang yang dicipta bank diperuntukkan bank khusus untuk membiayai sektor syarikat ada juga untung kepada masyarakat melalui ciptaan kerja dan sumbangan terhadap KDNK negara. Tetapi tidak, wang yang kita amanah kepada industri bank untuk dikumpul dari masyarakat sedikit sangat dihulur kepada sektor yang mencipta kerja.

Majoriti wang tersebut industri bank hulur kepada hutang peribadi, kad kredit dan hutang perumahan. Yang dihulur kepada sektor syarikat ditumpukan kepada syarikat besar sahaja yang secara purata hanya menghasil 20% dari jumlah kerja sesebuah negara. Sektor IKS yang rata rata dalam dunia menghasil 80% pekerjaan dalam sebuah negara dianaktirikan industri bank.


Ada beberapa kesan akibat keputusan tamak untung industri bank ini. Pertama pengangguran graduan dan lepasan sekolah ketahap kronik. Yang berkerja dibayar gaji dibawah tahap ‘economic survival.’ menghasilkan ‘working homeless’ dan seumpamanya.Yang kedua, lambakan hutang kad kredit kepada anak muda, dan hutang peribadi kepada masyarkat. Rata rata bank hantar pekerja mereka menjual duit termasuk jugalah perbankan Islam. Tahap hutang peribadi rakyat Malaysia diantara yang paling tinggi didunia. Tahap bankrupsi anak muda juga ditahap yang sangat merungsingkan.

Yang ketiga tumpuan wang bank ke industri hartanah menghasilkan lonjakan harga rumah diluar kemampuan anak muda. Kebanyakkan pembangunan perumahan dituju khusus kepada pelabur besar, spekulator, pembeli rumah kedua, ketiga dan seterusnya, mengkesampingkan sektor anak muda sebagai tidak signifikan didalam percaturan industri rumah. Kemampuan anak muda untuk membeli rumah parak terhakis tanpa rasa bersalah sedikit pun oleh industri bank dan lanun perumahan.

Inilah akibatnya apabila masyarakat tidak faham, kepimpinan politik tidak faham dan yang berkuasa kewangan enggan faham.

Industri bank khususnya tersangat gembira dengan ketidak fahaman ini.

Masyarakat melopong, ahli politik melaung hujjah yang tidak relevan, serpihan masyarakat yang terkesamping menderita.

Mari bersama kami di Toward A Just Monetary & Financial System untuk mengubah keadaan dan memberi suara kepada yang tiada suara.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *