APAKAH YANG DI TAKUTI?

APAKAH YANG DI TAKUTI?

Didalam keadaan ekonomi menguncup dimana kecairan jatuh ilmu ekonomi mengatakan wang boleh dicipta dan diserah kepada golongan terjejas untuk belanja tanpa menghasil inflasi didalam negara. Ini keadaannya sekarang ini dimana pukulan wabak telah menjatuh ekonomi negara dan menurunkan kadar kecairan yakni wang dalam ekonomi negara.

Adalah langkah yang tepat untuk negara hadirkan sejumlah wang kepada mereka yang memerlunya. Wang ini akan dibelanja oleh golongan terjejas ini untuk membeli barang makanan dan keperluan harian. Ini akan merupakan suatu suntikan kecairan yang akan merangsangkan ekonomi yang akan terus mengembang dengan kesan multipliernya. Tiada inflasi yang akan berlaku.

Soalnya dari mana kerajaan akan mendapat wang ini? Didalam Belanjawan baru ini semua sumber wang telah ada tempat belanjanya. Menteri Kewangan telah memberitahu bahawa kerajaan akan pinjam wang ini dari bank. Ini memberi gambaran bahawa terkumpul sejumlah wang dibank bank yang boleh dipinjam kepada kerajaan.

Tetapi ilmu baru ekonomi yang disahkan oleh cerdik pandai dunia memberitahu kita bahawa anggapan ini tidak benar. Yang benar ialah bank akan cipta wang baru untuk pinjam kepada kerajaan dan semestinya pinjaman ini ada kos bunga/”keuntungan” yang perlu dibayar kepada bank. Jumlah pinjaman yang disebut oleh Menteri Kewangan ialah sebanyak RM35 bilion. Seandainya bunganya ialah 3% setahun ini bermakna rakyat melalui kerajaan perlu bayar kepada bank RM1.050 bilion setahun selama tempoh pinjaman tersebut.

Mengapa kerajaan tidak cipta sahaja wang tersebut dan jimat RM1.050 bilion setahun untuk rakyat dan negara? Mengapa perlu kayakan yang sudah kaya untuk membantu orang miskin?

RM1.050 bilion setahun boleh membina 21 sekolah atau 11 hospital setahun untuk negara. Kalau pinjaman itu 5 tahun bermakna negara telah kehilangan 105 sekolah atau 55 hospital!  Itu wang yang terlalu banyak untuk beri kepada bank. Pengorbanan rakyat kepada bank!

Apakah sebabnya kerajaan takut atau enggan berbuat demikian yakni cipta duit sendiri? Takut inflasi? Kan telah dijelaskan tidak akan berlaku inflasi didalam keadaan ekonomi menguncup .

Takut kepada bank? Siapa yang harus kerajaan santuni, rakyat atau bank?

Takut kepada Bank Negara? Bank Negara adalah milik kerajaan dan harus akur kepada kehendak kerajaan.

Takut diseleweng kerajaan memerintah? Khususkan kuasa ciptaan wang ini ini kepada Parlimen.

Takut nilai ringgit jatuh? Mengapa tindakan ekonomi yang menaikkan permintaan terhadap barang dan khidmat dan yang meningkatkan keluaran ekonomi negara akan menjatuhkan nilai ringgit?

Takut Amerika serang? Tidak masuk akal sebuah negara akan diserang semata mata kerana meningkatkan keluaran ekonominya.

Yang jelas ialah kejumudan dan kemunduran daya fikir untuk keluar dari kongkongan fikiran dan cengkaman ilmu barat; kesetiaan tidak berbelah bagi kepada sistem Yahudi.

Afala tazakkarun? Tidakkah kamu berfikir? Apakah Kitab Harvard lebih diagungkan dari Kitab sendiri? Bagaimana agaknya jawapan diyaumul akhir?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *