CIPTA SAHAJA WANG

Assalamu ‘Alaikum

CIPTA SAHAJA WANG

Apa kata kita boleh beri Dr Maszlee RM500 juta untuk bina lebih banyak universiti supaya semua anak muda Malaysia yang layak boleh masuk universiti? Apa kata kita boleh beri Dr Dzulkilfi RM500 juta untuk bina lebih banyak hospital? Apa kata kita boleh beri Bank SME RM2 bilion untuk mereka membiayai lebih banyak syarikat IKS yang kita tahu IKS  sebuah  sektor yang menjana 80% pekerjaan dalam negara dan menyumbang 60% kepada KDNK negara.

Tak boleh? Mengapa tak boleh?

Dari mana nak dapat wang? Bank tak akan lulus wang tersebut? Mengapa kita perlu tanya bank? Tidak kah sektor pendidikkan akan mencipta pekerjaan dan menyumbang kepada pembangunan Negara? Tidak kah membina hospital akan mencipta pekerjaan dan menyumbang kepada kesihatan rakyat yang akan menyumbang kepada KDNK Negara?

Dizaman moden ini dari mana datang wang? Dizaman moden ini wang kertas and syiling dicipta oleh Bank Negara sebanyak 5% jumlah wang Negara, manakala bakinya 95% dicipta oleh bank komersil apabila mereka memberi pinjaman/pembiayaan. Siapa kata? Bank of England kata, Bank Pusat Amerika kata, Bank Pusat Eropah kata. Silap kah mereka? Tak mungkin kot.

Bank cipta wang apabila mereka memberi pinjaman (sila rujuk website mmj.my). Itu hakikat.

Apakah bentuk wang ini? Dalam bentuk kertas dan syiling ke? Tidak. Ia dalam bentuk nombor- nombor dalam akaun bank kita yang kita boleh pindah yakni buat bayaran dengan cek, mesin ATM atau perbankan internet. Dan kita boleh terima dengan cara yang sama.

Apabila kita boleh pindah RM250 keakaun Firefly dan kita dapat teket kapalterbang – wang le tu. Apabila anak kita diasrama sorak gembira dapat nombor dalam akaun ATM dia – wang le tu. Apabila Syarikat kontraktor dapat nombor 1 juta dalam akaun bank dia setelah deposit cek kerajaan – wang le tu.

Dan hakikatnya ini lah jenis wang yang paling banyak dalam Negara kita. Wang kertas dan syiling hanya 5% sahaja. Malaysia sahaja ka? Tidak. Semua Negara sama saja, bezanya peratusan saja. Purata 95% wang dalam sesebuah Negara dicipta oleh bank komersil, 5% dari bank pusat. Bank Islam macam mana? Sama saja. Apa saja institusi yang boleh kutip duit melalui deposit dan boleh membuat pinjaman/pembiayaan pencipta wang le tu.

Jadi dalam sesebuah Negara termasuk Malaysia kita telah serah hak mencipta wang kepada bank komersil manakala bank pusat yakni Bank Negara hanya mencipta 5% sahaja wang.

Kalau begitu mengapa kita tidak arah saja bank tersebut beri RM500 juta kepada Dr Maszlee untuk buat universiti- kesian dia tak henti kena kutuk;RM500 juta kepada Dr Dzulkifli untuk buat Hospital dan RM2 bilion kepada Bank SME untuk membiaya lebih banyak keperluan syarikat IKS yang boleh menghapuskan pengangguran graduan dan anak muda.

Tak mudah. Sebab sistem bank tidak membenarkan. Sebab bank ada pemegang saham dia yang mahu dividen lumayan dari bank tersebut. Mana lumayannya duit buat universiti dan buat hospital?! Dan mana boleh senang-senang saja nak beri RM2 bilion kepada Bank SME? Kenalah buat Sukuk, lepas tu tengoklah lumayan tak Sukuk tu kepada Bank? Boleh ke Bank SME buat untung dari pinjaman/pembiayaan kepada syarikat IKS?

Tapi bukan kah bank pencipta duit, cipta saja lah demi kepentingan Negara!

Tak boleh. Pemegang saham nak dividen. Lebih lumayan kalau beri pinjaman peribadi, pinjaman kad kredit, perumahan dan hartanah komersil. Hakikatnya purata bank memberi pinjaman/pembiayaaan 84% kepada pinjaman peribadi, pinjaman kad kredit, pembelian rumah dan hartanah komersil. Terlalu sedikit purata hanya 16% diberi kepada syarikat untuk menjana kerja dan meningkat output ekonomi.

Apakah kesannya kepada Negara?!

Kalau kita ambil kira hanya 16% jumlah pinjaman dihala kepada ekonomi sebenar ; ini bermakna hanya 16% yang akan menghasilkan barangan dan khidmat dalam ekonomi. Manakala 84% yang tidak dihala kepada ekonomi sebenar hanya akan menghasil kenaikkan harga/inflasi yang teruk ditanggung rakyat!

Rasanya mudah faham tak? Dalam sebuah ekonomi apabila jumlah wang tercipta sangat melebihi jumlah barang dan khidmat  akan berlaku lah inflasi yang dipanggil inflasi ‘am yang menaikkan harga makanan, sewa, pengangkutan dsbnya tanpa henti. Dan apabila pencipta duit yakni bank menghalakan duit tumpu kepada kepada satu barang sahaja maka berlakulah inflasi gelembung; contohnya harga rumah sekarang yang sudah menjadi mimpi ngeri kepada anak muda sekarang.

Perlu difaham lagi dari 16% jumlah pinjaman bank yang dihala kepada ekonomi sebenar yakni syarikat syarikat, hanya 15% dari 16% itu, yakni 2.4% keseluruhan pinjaman bank dihala kepada syarikat IKS. Manakala 85% dari 16%, yakni 13.6% jumlah pinjaman dihala kepada syarikat besar.

Adakah ini menjadi masaalah? Semestinya. Sebab kita tahu sektor IKS purata mencipta 80% pekerjaan dalam sebuah Negara; manakala syarikat besar hanya menghasil 20% pekerjaan.

Maka berlakulah pengangguraan anak muda dan graduan dinegara kita. Dilaporkan jumlah pengangguran anak muda dan graduan dinegara kita sekarang mencecah 500,000 orang. Trend yang sama dilalui oleh setiap Negara.

Mengapa? Kerana berimannya kita dengan sistem perbankan kita sekarang.

Tidak boleh kah ubah?

Kita tarik balik hak penciptaan wang dari bank dan serah balik kepada kerajaan.

Hakikatnya ini yang sedang dibincangkan diEropah oleh NGO-NGO saperti Positive Money diUK, Positiva Pengar diSweden, Monetative diJerman dan banyak lagi. DiMalaysia perjuangan Reformasi Monetari ini dipelopori oleh Gerakan Keadilan Monetari (Movement for Monetary Justice)(website mmj.my).

Begitu berjaya NGO-NGO diEropah hakikatnya Reformasi Monetari dan cadangan cadangan  praktikal nya saperti Sovereign Money, Central Bank Digital Money sedang dibincang diParlimen Negara dan Parlimen Eropah!

Switzerland telah mengadakan Referendum Rakyat berkaitan mahu laksana atau tidak penyelesaian Sovereign Money, manakala Perdana Menteri Iceland telah meresmikan Persidangan Antarabangsa Reformasi Monetari ataupun International Conference on Monetary Reform.

Apakah yang dimaksud kan Sovereign Money dan apakah penyelesaian berkaitan sistem bank untuk menghapus pengangguran anak muda dan graduan?

Jawapannya termaktub diwebsite Movement for Monetary Justice Malaysia (mmj.my) yang mengambil kira patuhan Shariah dan pengawasan yang diperlu apabila sebuah kerajaan diberi hak untuk cipta wang.

Bagaimana dengan pemilik pemilik bank, apakah mereka setuju sistem bank dirombak dan hak cipta wang dirampas dari tangan mereka?

Sebenarnya hak penciptaan wang tidak boleh berada ditangan swasta yang bercanggah dengan kepentingan Negara. Hak cipta wang wajib dikembalikan kepada Negara.

Yang dicadangkan hak penciptaan wang diserah kepada sebuah Jawatankuasa Monetari dibawah naungan Parlimen bebas dari politik kepartian sesebuah kerajaan.

Bagaimana dengan tindak balas antarabangsa dan apakah kesan nya terhadap kadar pertukaran ringgit?

Sebenarnya kita harus teliti bagaimana nilai diletak kepada kadar pertukaran wang sesebuah Negara (exchange rate).

Selain permintaan pasaran, kadar pertukaran wang sesuatu Negara sebenarnya terletak kepada hakikat apa yang boleh dibeli dinegara tersebut seandainya kita memilikki sejumlah besar wang Negara tersebut hasil pertukaran dengan wang kita.

Kalau kita boleh beli bangunan, syarikat, tanah dan lain lain aset Negara tersebut dengan mudah dan pembelian kita disokong oleh undang undang Negara tersebut maka tinggi lah nilai kadar tukaran wang Negara tersebut.

Dan dari segi nilai relatif kadar pertukaran wang Negara A dan kadar pertukaran wang Negara B yang akan membeza nilai pertukaran ialah nilai asset yang dibeli. Kalau syarikat syarikat dan hartanah dinegara A lebih bernilai dari Negara B maka lebih kuatlah nilai kadar pertukaran wang Negara A.

Dan kembali kepada Malaysia yang sudah membuat reformasi monetari yakni tukar pencipta wang dari bank kepada penciptaan wang milik awam, apakah kadar pertukaran wang (exchange rate) akan terkesan?

Jawapannya sekiranya output ekonomi lebih kuat selepas reformasi monetari sistem cipta wang tersebut maka lebih bernilai lah Ringgit Malaysia!

Dibawah sistem sekarang hanya 16% pinjaman bank dihala ke ekonomi sebenar. Apa kata selepas sistem bank dan sistem ciptaan wang dirombak kini pembiayaan Bank dihala 100% kepada ekonomi sebenar!

Tidak kah ini akan meningkat output ekonomi Negara dan menghapus pengangguran anak muda dan graduan?! Tidak kah ekonomi akan jadi lebih kuat? Tidakkah inflasi akan jatuh? Kalau gitu tidak kah kadar pertukaran Ringgit akan bertambah kuat?!

Dr Maszlee and Dr Zulkifli harus sokong cadangan ini. Reformis Monetari dinegara ini diberitahu kerajaan tidak dapat melayani kami sebab terlalu sibuk mengurus masaalah inflasi, masaalah pengangguran anak muda dan graduan, masaalah ekonomi, dan masaalah hendak mengurangkan hutang Negara.

Apakah apabila ekonomi kuat dan kita mampu eksport barang, tidak terhasil wang asing untuk kita selesai hutang Negara? Tidakkah rating Negara kita akan naik?!

Dan tidak kah dari muka surat pertama sampai kepada muka surat akhir tulisan ini yang dibincangkan hanyalah cara untuk mengurus masaalah inflasi, masaalah pengangguran anak muda dan graduan, dan masaalah meningkatkan ekonomi Negara?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *