CADANGAN KEPADA MANA MANA GABUNGAN POLITIK BARU UNTUK DIMASUKKAN KEDALAM MANIFESTO MEREKA.
PEMBANGUNAN EKONOMI PESAT ; PELANGSAIAN SEMUA HUTANG KERAJAAN; PENGHAPUSAN CUKAI PENDAPATAN UNTUK RAKYAT ; PENDIDIKAN PERCUMA; DAN DIIKUTI, PENDAPATAN ASAS PERCUMA (FREE BASIC INCOME) UNTUK SETIAP KELUARGA, DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN.
BAGAIMANA?
PENGENALAN
Ini adalah sebuah kisah yang nampak sukar untuk dipercayai. Bayangkan kita tinggal di sebuah negara yang baru hendak bermula. Daripada kerajaan mencipta wang dan mengedarkannya kepada rakyat, kerajaan mengatakan kami akan hanya mencetak 3% wang negara, 97% daripada wang negara kami biarkan untuk dicipta oleh bank apabila mereka memberi pinjaman/pembiayaan.
Itulah permulaannya. Keadaan semasa adalah hasil dari kedudukan permulaan ini. Jika kerajaan berhutang wang hari ini, ini bermakna ia telah meminjamnya dari mereka yang telah memiliki wang tersebut dari wang yang telah dicipta oleh bank.
Bolehkah kerajaan mencipta wang? 1000% ya !!!
Tariklah balik hak mencipta wang dari bank bank.
Biarkan ia dicipta
oleh sebuah badan yang dibawah kuasa dan bertanggungjawab kepada Parlimen. Kita
akan hayati pembangunan ekonomi yang pesat dalam waktu yang singkat apabila
badan tersebut menghalakan wang kepada projek-projek yang bersifat membangun
negara saperti lebuh raya, loji kuasa, empangan, sekolah, kilang, hospital dan
seumpamanya.
Daripada keadaan sekarang dimana bank swasta menghalakankan wang mengikut
kepentingan peribadi mereka, yakni kepada pinjaman peribadi, kad kredit,
perumahan dan hartanah komersil seperti yang berlaku hari ini. Dan hanya 16%
dihala untuk ekonomi sebenar yang menghasilkan pengeluaran ekonomi dan
pekerjaan.
Jika bahan yang diperlukan adalah dari dalam negara, kita tidak perlu meminjam
satu sen pun dari luar negara untuk membangun negara. Lupakan Bon Samurai – ia tidak mematuhi
Syariah pun.
Bank pembangunan milik negara kita yang diupayakan boleh mengendali akaun
semasa akan menghasil wang yang diperlukan melalui wang online dan wang buku
cek.
Hanya satu perkara yang kita tidak boleh lakukan iaitu mencipta wang tempatan
untuk membeli barang dari negara lain. Kita perlu menjual produk kita untuk
mendapatkan produk mereka.
Jika kerajaan memerintah tidak berminat untuk melaksanakan cadangan ini; biarlah
mana mana gabungan politik baru melakukannya! ( kami bersedia membantu merangka
manifesto dan bersedia menubuhkan badan pemikir/pelaksana untuk mempraktikkannya).
Sebenarnya terdapat terlalu banyak kebenaran dan fakta yang menyokong
perlaksanaan Cadangan di atas.
(Sila google #publicbanking #Positive Money, #International Movement for
Monetary Reform #MovementforMonetaryJusticeMalaysia # mmj.my
#publicbankinginstitute)
Dan kita tidak bersendirian di dunia dalam pengetahuan dan kepercayaan ini.
Beberapa Reformis Monetari Negara dari Malaysia
kini akan berada in sya Allah diperantauan ekonomi miskin di Afrika dan Asia
untuk membantu mereka mengguna ilmu pengetahuan ini.
Doakan untuk kami.
KESIMPULANNYA
Rahsia yang pihak bankir swasta (private
bankers) dunia mahu disembunyikan dari dunia dan bagaimana Bank of
International Settlements telah membunuh setiap institusi perbankan awam
(public banking) yang berjaya seperti Commonwealth Bank of Australia dan
sebagainya (Sila rujuk buku tulisan Ellen Brown bertajuk ” The Public Bank
Solution- From Austerity to
Prosperity” Penerbit – Third Millennium Press)
Supaya kuasa tetap berada didalam tangan para bankir swasta.
Bayangkan seandainya tiada bank swasta di Malaysia.
Semua warganegara dan syarikat memilikki akaun semasa dengan Bank Negara
Malaysia (BNM di bawah kawalan Parlimen dan bukan kerajaan yg memerintah).
Semua penyelesaiaan transaksi wang negara dilakukan melalui akaun semasa di
BNM.
BNM dengan mudah boleh mencipta semua wang yang diperlukan untuk membangunkan
negara ini.
Kesemuanya dihala kepada ekonomi sebenar – empangan, lebuh raya, loji kuasa,
kilang, sekolah, hospital, universiti, dll.
Tiada kebocoran seperti hari ini untuk pinjaman peribadi, perumahan dan
hartanah mewah yang tidak boleh dijual (imbas kenyataan Menteri Zuraida
baru-baru ini!)
Dan setiap keuntungan pembiayaan projek kembali ke BNM untuk memperkayakan kita
lagi- tidak lagi bocor kepada pemilik pemilik individu bank swasta.
Semua rakyat akan mampu membeli rumah, tidak ada cukai pendapatan, pendidikan
percuma, universiti percuma, dan tidak lama lagi akan disusuli pendapatan asas
bulanan percuma untuk setiap keluarga, dan tiada lagi kemiskinan.
Dilain topik, mengenai Brexit yang sangat mengelirukan- mana mana negara yang ingin keluar dari kesatuan
kewangan negara negara harus dibenar berbuat demikian. Kesatuan kewangan negara
negara adalah ide penghelah dari bankir swasta antarabangsa.
Greece akan selesai masalahnya dan menjadi makmur jika mereka Grexit dan mula
menghasilkan wang sendiri lama dahulu.
Inilah penipuan yang paling halus #HalusOfPenipuan.
Dalam ucapan terkenalnya oleh Henry Ford – “Akan berlakulah revolusi keesokan
harinya seandai orang ramai faham bagaimana wang dicipta.”
Sumber: Realmoney.com.my