Persoallah Sistem Ini!

Semalam kita dimaklumkan, Bank Pusat telah, menurunkan keperluan rizab berkanun daripada 4% kepada 3.5%. Sebabnya bank pusat berfikir, sebagaimana sedang difikir seluruh dunia, bahawa ekonomi negara akan menurun dalam masa terdekat. Jadi rasionalnya ialah dengan meninggal lebih banyak wang dalam tangan bank bank mereka akan tingkat pinjaman kepada syarikat-syarikat yang akan menjana lebih banyak pekerjaan dan keluaran negara untuk mengatasi penurunan ekonomi yang dijangka.

Ke Arah Sistem Monetari Yang Adil tidak setuju dengan sistem ekonomi dan perbankan semasa. Terutamanya sekira dibandingkan dengan sistem Muamalat yang harus diamalkan oleh umat Islam seperti yang digariskankan dalam al-Quran dan Sunnah. Tetapi mari kita tinggalkan isu itu sebentar dan hadapi perkara spesifik yang dibincangkan

Pertama sekali adakah benar bank-bank akan memberi pinjaman lebih kepada korporat apabila mereka mempunyai lebih banyak dana dalam tangan mereka? Ya ini adalah kepercayaan ilmu Barat, ini adalah apa yang subjek Ekonomi dan Perbankan ajar kita di universiti-universiti , ini adalah apa yang Profesor Harvard dan London School of Economics kata, tetapi adakah ia benar?

Apakah kita berperasaan begitu rendah diri dalam kedudukan kita di dunia ini sehingga kita tidak rasa kita boleh mencabar kepercayaan yang datang dari Mahaguru Barat kita itu? Inilah masalahnya apabila kita tidak sedar kita telah disekularkan oleh penjajah kita! Kita tidak sedar kita telah diasak untuk berperasaan begitu rendah diri sehingga kita tidak berani mencabar mana-mana pandangan mereka!

Kita mempunyai Kitab yang lengkap yang diberikan kepada kita oleh Pencipta kita tetapi kita menyembah dan berpegang pada pandangan orang orang yang tidak dikurniai dan tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang Kitab kita tersebut. Malah ada ramai di antara kita yang memandang rendah terhadap Kitab itu! Nauzubillah. Kita telah diasah untuk berasa begitu rendah diri sehingga kita tiada keberanian langsung untuk mencabar kepercayaan tradisional Barat.

Kembali kepada isu dibicara adalah tidak benar bahawa bank-bank akan menggunakan wang tambahan tersebut untuk memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat. Mereka adalah penghidap jangka panjang penyakit yang dipanggil Riskoitis.

Penyakit ini telah dibawa oleh Bapa-Bapa Riba 300 tahun yang lalu dan sehingga hari ini mereka tidak temui penawar untuk penyakit ini. Ubat untuk penyakit ini sabenarnya adalah dalam Kitab yang diberikan oleh Pencipta kita, tetapi Barat telah memberitahu semua orang Islam yang dijajah bahawa Kitab kita itu ketinggalan zaman, jadi, ramai orang Islam tidak percaya mereka dapat mencari penawar dalam Kitab tersebut.

Riskoitis dari segi perbankan moden adalah penyakit mengolah setiap transaksi, setiap peraturan, dan setiap syarat, supaya pemberi pinjaman riba berada dialam keadaan wajib tidak rugi. Ia mudah difahami. Katakanlah, anda dan saya melabur RM50,000 seorang dalam sebuah restoran. Anda menghadapi risiko untung rugi dalam usaha tersebut tetapi saya tidak. Saya berhak untuk mendapat pulangan sebanyak x % setiap tahun sama ada atau tidak usaha itu menguntungkan. Dan pada tarikh yang tertentu yang saya tetapkan, anda perlu kembali kepada saya RM50,000 saya walaupun anda perlu bergolok gadai untuk mendapatkan wang tunai tersebut.

Tanda-tanda lain riskoitis adalah, apabila mereka menghadapi apa-apa transaksi perniagaan yang diceburi, mereka akan mengolah terma, mengubah tiang gol, menggari penjaga gol lawan, untuk memastikan mereka berada dalam keadaan wajib tidak rugi.

Kitab kita mengatakan ini tidak betul. Kitab kita mengatakan bahawa kaedah yang perlu diamalkan didalam muamalat ialah laba seiring risiko. Bermakna kita tidak berhak mendapat laba atau untung melainkan kita sanggup menghadapi risiko.

Tetapi Tuan Tuan Riba telah mencorak minda mereka sekian lama, sudah 300 tahun lamanya, sehingga mereka menolak perintah yang datang dari Kitab tersebut. Mereka berkata Kitab itu salah; mereka berkata Profesor Harvard lebih mengetahui.

Kembali kepada isu di bicara, itulah sebabnya bank-bank tidak akan memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat, wang tambahan di tangan mereka tersebut ; penyakit riskoitis mereka akan menghalang mereka daripada berbuat demikian. Mereka akan berkata ekonomi tidak bagus, mereka tidak boleh mengambil risiko, dan sebenarnya didalam keadaan mereka, mengapa mereka perlu ambil risiko?!

Mereka telah mencorak keadaan yang cukup sempurna untuk diri mereka sehingga mereka berada dalam keadaan wajib tidak rugi. Pertama mereka meminjamkan wang yang bukan milik mereka, tetapi itu adalah cerita yang lain. Mereka meletakkan syarat-syarat kepada peminjam yang sebenarnya boleh ditakrifkan sebagai kemuncak seni buli. Dan mereka mendapat sokongan mahkamah dan undang-undang untuk menyokong penindasan dan pencurian mereka.! Ia tidak ubah saperti samseng besar datang untuk memukul anda, dan apabila anda membuat aduan kepada mahkamah, mahkamah akan menyebelahi samseng tersebut!

Kembali kepada isu ini sekali lagi, bank-bank tidak akan memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat; mereka akan menggunakan dana tambahan tersebut untuk memberi pinjaman peribadi dan yang seangkatan dengannya. Mengapa pinjaman peribadi? Aaah, kita perlu memahami pemikiran bank.

Kita menyangka bahawa mereka merupakan suatu kumpulan dalam masyarakat yang telah diberi hak untuk mengumpul wang masyarakat untuk tujuan mereka memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan keluarkan hasil Negara, bukan? Tidak, objektif utama mereka adalah untuk mengkaya diri mereka, kehendak masyarakat dan Negara tidaklah begitu penting kepada mereka.

Mereka akan menyalurkan dana yang akan memberi manfaat yang maksimum kepada keuntungan mereka walaupun ia mengorbankan negara. Oleh itu, percayalah, mereka tidak akan tambah pinjaman kepada syarikat syarikat ; mereka akan menggunakannya untuk pinjaman peribadi dan yang serupa. Minda riskoitis berpenyakit mereka mengatakan bahawa adalah kurang berisiko untuk memberi pinjaman peribadi kerana apa-apa kegagalan bayar balik ia bersifat individu dan kecil, berbanding jika syarikat tidak membayar. Anda sudah nampak kepincangan mereka sekarang?

Jadi siapa yang menjadi mangsa? Yang menjadi mangsa adalah anak-anak muda yang baru memasuki pasaran kerja. Gaji sudah terlalu rendah disebabkan sistem monetari pincang yang kita telah bicarakan di lain ruang. Setiap bulan mereka senantiasa ketidak cukupan wang untuk sara keluarga. Dengan pujuk rayu kakitangan bank menjual duit dan dengan desakan iklan media bank, mereka terjerat dan jamah umpan.

Pusingan pertama mereka gagal membayar, ia diselesaikan dengan mengambil kad kredit. Kemudian kad kredit baru akan menyelesaikan hutang kad kredit lama. Sehingga sampai suatu masa yang mereka tidak dapat mengimbangi keadaan lagi, suami dan isteri mendapati diri mereka menjadi muflis pada usia 28 tahun!

Adakah bank-bank mengambil berat tragedi anak muda ini? Tidak, sasaran jualan duit telah tercapai, kakitangan bank menikmati bonus, pengurusan bank menikmati bonus tahunan yang besar, manakala bank itu sendiri akan mengadakan upacara besar besaran di hotel hotel mewah memberitahu dunia mereka telah membuat RM2 bilion keuntungan tahun ini, dan mereka telah menimbun sebelum tahun ini keuntungan sebanyak RM30 bilion. Kemuflisan anak muda dan ahli masyarakat lain yang menderita bukan masaalah mereka.

Beranikanlah diri. Ke Arah Sistem Monetari Yang Adil meminta anda untuk menyertai kami, untuk menyoal sistem ini. Bukankah kita akan disoal oleh Pencipta kita sejauh mana kita berusaha menegakkan tuntutan Kitab yang telah dianugerah kepada kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *