Inilah Sebabnya Kita Harus Perangi Riba Habis habisan

Inilah sebabnya kita harus perangi riba habis habisan. Pihak ini menggunungkan kekayaan mereka dengan riba. Kekayaan haram dari perniagaan haram berabad itu sekarang memberi mereka keupayaan untuk membeli secara menyeluruh setiap calon Presiden Amerika setiap kali negara itu mengadakan pilihanraya. Amerika adalah benua; untuk bertanding menjadi Presiden perlu perbelanjaan yang sangat banyak. Setiap calon Presiden Amerika dijangka memerlukan perbelanjaan paling kurang USD500 juta untuk menjadi Presiden. Inilah pincangnya sistem Demokrasi sekira dibanding dengan sistem Islam melantik pemimpin. Jadi tidak hairanlah setiap calon Presiden akan berlumba lumba melacurkan diri untuk mendapat duit Zionis ini untuk kempen mereka.

Orang yang waras akal akan termuntah melihat gelagat mereka membodek Pemimpin Israel untuk mendapat sokongan duit Zionis Amerika. Ini sebabnya umat Islam wajib henti sokongan kepada sistem perbankan sekarang yang menjadi tonggak kepada sistem perbankan antarabangsa yang terus menerus menyumbang kepada kekuatan kewangan Zionis. Umat Islam harus berani berfikir dan keluar dari kotak kejahilan yang terus menerus menggadai Palestin dan AlAqsa. Bukankah ini sebabnya 1400 tahun dahulu AlQuran menyatakan dalam surah AlBaqarah bahawa Allah dan Rasulnya mengistihar perang terhadap pengamal riba. Penggadaian Palestin dan AlAqsa, dan penghambaan dunia kepada kuasa duit riba adalah antara kemuncak bahaya yang cuba di terangkan oleh ayah 279 surah AlBaqarah tersebut. Berapa kali kita baca tuntutan dalam AlQuran – Tidakkah kamu mahu berfikir? Sertailah kami diFB page KeArah Sistem Monetari dan Kewangan Yang Adil/ Toward A Just Monetary & Financial System

Hillary Clinton has sided with Israeli PM Benjamin Netanyahu over President Obama and even her own husband’s policies. Marco Rubio has also kissed up to…
MONDOWEISS.NET

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *