BAK MENDAKI GUNUNG EVEREST

Assalamu ‘Alaikum,

BAK MENDAKI GUNUNG EVEREST

Cerita di media masakini yakni mengenai perlunya menjaga keuntungan bank dan kualiti aset mereka, sangat menyedihkan reformis monetari. Sungguh pilu untuk  kita melihat bagaimana sehingga sampai tahun 2021, dunia masih ditipu oleh para bankster, para konspirator tahun 1910 dari Jekyll Island, AS.

Semuanya berlaku pada awal 1900-an ketika 5 pemilik Bank di Amerika memutuskan untuk menipu Amerika dan dunia; yakni mereka dari keluarga Rothschild, Rockefeller, Morgan, Warburg dan Kuhn-Loeb.

Mereka menyedari bahawa bank boleh meminjamkan wang dari ciptaan atas angin. Ini bermaksud setiap kali mereka meminjamkan wang, wang itu dihasilkan dari atas angin. Ia hanya merupakan catatan perakaunan, yang menunjuk kepatuhan terhadap nisbah pinjaman ke deposit, dalam mengeluarkan sejumlah wang baru dengan setiap pinjaman yang mereka berikan. Malah kebolehan bank sebegini ini membingungkan juga jurubank masakini. Sebelum mereka merumus apa apa pernyataan, kita sarankan mereka mengunjungi laman web reformasi monetari termasuk mmj.my untuk membaca artikel artikel terutamanya oleh Bank of England yang mengesahkan kebolehan penciptaan wang oleh bank.

Pada tahun 1910, apa yang diinginkan oleh pemilik pemilik bank di Amerika tersebut  adalah untuk merahsiakan kemampuan penciptaan wang ini untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka memutuskan untuk bertemu secara rahsia di sebuah pulau bernama Pulau Jekyll. Di sana mereka berkomplot untuk menubuhkan suatu Bank Pusat untuk Amerika yang dimiliki sepenuhnya oleh bank swasta. (Baca “Creature from Jekyll Island”)

Mereka membentangkan Akta Federal Reserve  pada malam Krismas tahun itu di mana hampir tidak ada kehadiran di Kongres. Setelah melakukan itu, iaitu mewujudkan Bank Pusat Amerika yang dimiliki sepenuhnya oleh bank swasta, mereka kemudian menghalakan fikiran bagaimana hendak menipu dunia pula.

Ini dilakukan dengan menggunakan organisasi yang dipanggil Bank of International Settlements di Basel, Switzerland. Kebetulan Basel inilah juga merupakan tempat yang melahirkan Gerakan Zionis beberapa tahun sebelumnya, pada tahun 1897.

Dari Bank of International Settlements, Basel mereka mengeluarkan peraturan-peraturan perbankan yang disebut Basel Accords untuk dilaksanakan oleh Bank-bank Pusat di negara mereka sendiri di seluruh dunia. Berurusan dengan umat negara terjajah yang naif, dan dengan kawalan kewangan mereka  di setiap ibu kota dunia, ini berjaya mereka lakukan dengan mudah. Bank bank pusat akan kembali ke negara mereka dan melaksanakan kehendak para bankir yang berkomplot ini. Objektif utama Basel tidak lain adalah untuk memastikan sistem penipuan ini terus berlaku di seluruh dunia. Untuk mengekalkan bank swasta sebagai pencipta wang di semua negara di seluruh dunia. Untuk membolehkan bank swasta memaksimumkan keuntungan mereka walaupun dengan merosakkan negara tempat mereka beroperasi. Mereka juga memperkenalkan ide kebebasan Bank Pusat dari kerajaan mereka.

Dalam catatan di Wikipedia yang kini telah dihapus, dinyatakan bahawa Lembaga Pengarah awal Bank of International Settlements merangkumi dua mantan Gabenor Bank Israel dan beberapa Gabenor Federal Reserve. Catatan terdedah ini telah kini dipadamkan; namun semua orang tahu siapa yang sebenar menguasai BIS hari ini.

Objektif mereka ini adalah untuk  memastikan sistem perbankan bersifat penipuan ini terus dilaksana di semua negara hingga akhir zaman.

Di Amerika, beberapa Presiden awal sejarah yang jujur ​​telah dibunuh kerana keberanian mereka mencabar muslihat para bankster ini. Oleh itu, marilah kita sedar bahawa kita mempunyai musuh, dan marilah kita belajar bagaimana mereka memperbodohkan dunia. Naratif hutang antarabangsa ini telah menjadikan negara-negara miskin menjadi negara hamba hutang kepada bank-bank antarabangsa, yang dianggarkan telah membunuh berjuta-juta anak-anak miskin dinegara membangun setiap tahun melalui pengalihan dana negara dari penjagaan kesihatan kepada menyelesaikan hutang pinjaman negara. (Umpama Buih DiLautan; Suatu Hujjah Untuk Perlaksanaan Sistem Monetari Islam – Penulis)

Negara-negara Islam mesti menyedari bahawa wang di Negara-negara Islam diciptakan oleh Khalifah dan tidak pernah dilakukan oleh sektor swasta. Negara-negara Islam yang semuanya telah dijajah oleh Barat mesti menyedari bahawa hari ini wang mereka dicipta oleh Bank sektor swasta dan bukan oleh pemerintah. Masalahnya di sini adalah apabila bank adalah pencipta wang dalam sebuah negara, mereka akan menggunakannya untuk membiayai bidang yang memberikan terbanyak faedah kepada mereka walaupun kesan buruk untuk negara.

Hari ini rata-rata di dunia 80% pinjaman Bank masuk ke sektor isi rumah yang merangkumi pinjaman peribadi, kad kredit dan perumahan. Ini menimbulkan inflasi yang tidak berkesudahan bagi rakyat dan inflasi gelembung untuk rumah. Inilah yang dikehendaki oleh para bankir asal. Sistem yang menguntungkan mereka dan tidak semestinya negara.

Apa yang akan menguntungkan negara adalah jika bank mengarahkan pinjaman/pembiayaan sepenuhnya ke sektor ekonomi nyata atau sektor ekonomi tampak. Ini akan meningkatkan output ekonomi dan pekerjaan untuk negara.

Sayangnya insan dari semua negara termasuk negara ini, baik pemerintah, akademik, atau profesional atau orang biasa, kecuali hanya segelintir, tidak menyedari hal ini. Situasi yang sangat menggembirakan para bankster.

Lebih lagi, kebobrokkan sistem ini telah tertanam dalam sistem pendidikan kita sehingga kepalsuan menjadi kebenaran dan kebenaran menjadi kepalsuan. (Baca Islam dan Sekularisme oleh Syed Naguib Al Attas)

Hari ini media yang disegani melaung lagi kebimbangan mereka mengenai kualiti aset dan keuntungan bank. Ini tidak boleh diterima sama sekali!

Kita telah menyerahkan hak yang tidak layak diserah kepada bank-bank, iaitu hak untuk mencipta wang; namun kita risau mereka tidak mendapat keuntungan daripadanya ?!

Adakah kita risau syarikat pertanian tidak berfungsi dengan baik?

Adakah kita risau syarikat perdagangan tidak berfungsi dengan baik?

Adakah kita bimbang syarikat pembuatan tidak berfungsi dengan baik?

Tidak! Kita tidak bimbang tentang prestasi syarikat-syarikat ini sama seperti kita bimbang tentang prestasi bank. Dan inilah institusi yang memperoleh keuntungan berbilion ringgit setiap tahun. Kenapa? Kerana mereka juga merupakan sistem pembayaran negara.

Oleh itu, mengapa kita tidak pisahkan kemampuan Bank untuk bertindak sebagai sistem pembayaran daripada kemampuan mereka untuk memberi pinjaman/pembiayaan? Dalam kes ini kita akan membuat dua jenis bank. Satu yang disebut bank sistem pembayaran yang tidak dapat memberi pinjaman/pembiayaan. Dan kedua bank peminjam atau pembiayaan yang tidak dibenar mengendalikan akaun semasa. Bukankah kita dengan ini  mematikan kemampuan mereka untuk menghasilkan wang? (Lawati laman web Gerakan Keadilan Monetari  di mmj.my)

Kita kemudian menyerahkan hak penciptaan wang itu kepada Bank Pusat yang kemudian akan mengarahkan semua pinjaman atau pembiayaan kepada ekonomi sebenar yang akan menghasilkan peningkatan besar dalam output ekonomi dan pekerjaan.

Ini akan menurunkan inflasi umum; menghilangkan inflasi gelembung untuk rumah; menghapus pengangguran siswazah dan belia; dan menghilangkan jurang kemiskinan.

Sekiranya kita bimbang tentang penyalahgunaan kuasa penciptaan wang oleh Pemerintah yang berkuasa, keluarkan Bank Pusat dari Kementerian Kewangan dan letakkan di bawah kawalan langsung Parlimen.

Berapa lama lagi akal kita akan dibelengu oleh Konspirator Jekyll Island ini?

Bank menghasilkan RM34 bilion setahun – kita lebih suka pemilik bank memperkayakan diri mereka setiap tahun daripada memberi rakyat pendidikan percuma hingga ke universiti, pendapatan asas untuk golongan B40 dan bahkan penghapusan cukai pendapatan kecuali kepada yang kaya?

Pada bulan Jun 2020, RM1.27 trilion adalah jumlah wang yang diberikan oleh bank bank untuk pinjaman peribadi dan sektor isi rumah di Malaysia. Kita terpegun memikirkan apakah lonjakkan ekonomi yang akan terjadi kepada negara sekiranya RM1.27 trilion itu ditujukan kepada ekonomi sebenar Malaysia ?!

Adakah kita akan terus agungi  impian Konspirator Jekyll Island ini; kerana sudah terlalu lali dengan kepercayaan status quo, kerana kebenaran-kebenaran baru sukar ditelan?!

Pemusnahan berterusan Negara-Negara Islam dan ancaman berterusan terhadap Palestin dan AlAqsa adalah hasil dan berpunca terus dari penguasaan sistem monetari tempang ini.

Samiqna wa atoqna, malangnya, seruan yang terlalu jauh bagi mereka yang tidak mampu mendengarinya.

Muhammad Zahid Abdul Aziz

Reformis Monetari Islam

Laman web mmj.my dan FB Gerakan Keadilan Monetari.

1 Comment

Leave a Reply to Kiruban Cancel reply

Your email address will not be published.