KENYATAAN AKHBAR GERAKAN KEADILAN MONETARI BERKAITAN PAKEJ RANGSANGAN VIRUS WUHAN

GERAKAN KEADILAN MONETARI /MOVEMENT FOR MONETARY JUSTICE

KENYATAAN AKHBAR

Tarikh: 14 April 2020

Berbeza dengan pendekatan Bank of England yang sangat baik, yang nampak cenderung kepada penyelesaian ala Wang Sovereign untuk menyelesaikan carian pakej rangsangan Wuhan Virus di UK; Bank Dunia dalam nada biasa kesamsengan antarabangsanya baru saja menasihatkan Malaysia untuk sama ada ambil lebih banyak hutang, kurangkan bantuan subsidi pendidikan, atau menjual Petronas atau yang seumpamanya, untuk selesai masaalah yang sama. Kali ini mereka tidak lagi menyembunyikan niat terpendam mereka. Sudah tentu mereka tidak sebut dengan jelas Petronas, tetapi ternyata kepada kita maksud terpendam.

Berapa lama lagi dunia akan terjebak dalam kejumudan kewangan ini? Kerajaan sebenarnya memilikki kemampuan untuk mencetak wang bila perlu. Sekiranya wang itu dihalakan kepada sektor ekonomi sebenar, maka tidak akan berlaku inflasi. Barang dan perkhidmatan akan tercipta dalam ekonomi, untuk menyerap kewujudan wang tambahan sementara itu . Dan jika kita bimbang suatu kerajaan semasa yang korup yang akan menyalahgunakan hak untuk mencetak wang ini untuk faedah peribadi mereka sendiri, setiap anggota NGO, Gerakan Antarabangsa untuk Reformasi Sistem Monetari (“International Movement for Monetary Reform ) telah mencadangkan bahawa pihak pencipta wang dalam sesebuah negara , yang boleh kita gelar sebagai Jawatankuasa Monetari Nasional hendaklah diletakkan di bawah kuasa penuh Parlimen atau Dewan Perundangan yang serumpamanya.

Ia tersangat menghairankan kami mengapa sebuah pemerintah negara yang sebenarnya mampu mencetak wang itu sendiri, perlu menyerahkan hak ciptaan wang itu kepada bank-bank swasta, kemudian ia keluarkan nota piutang (IOU) untuk mendapatkan sebahagian wang yang dicetak oleh pihak bank-bank itu. Wang yang dicetak oleh bank adalah milik bank, karena asalnya ia wujud sebagai pinjaman yang diberikan oleh bank.

Pemerintah berhak mencetak wang sendiri, tanpa perlu bayar apa-apa faedah, namun ia lebih suka memperoleh wang tersebut melalui hutang dari sesuatu pihak dan sanggup membayar faedah kepada pemberi pinjaman itu. Bukankah itu tidak logik namanya ?!

Adalah merupakan hak yang termaktub dalam undang-undang untuk pemerintah mencetak wang. Di bawah kemungkinan suatu mantra voodoo, pada masa lampau, pemerintah melepaskan hak itu, dan sekarang, hari ini ketika ia sangat memerlukan banyak wang untuk membantu rakyat, ia kembali kepada pihak yang ia dengan murah hati melepaskan hak untuk mencetak wang tu, dan merayu dengan penuh belas, “Tuan, bolehkah anda mencetak dan meminjam kepada kami sejumlah wang, dan kami sanggup membayar faedahnya ?!”

Negara-negara dunia lupa asal usul warisan aneh ini, bagaimana mereka mewarisinya dari masa lalu, yang muncul dari suatu keanehan sejarah, ketika para pemegang saham sebuah bank pusat milik persendirian, mencorak peraturan untuk menguntungkan diri mereka sendiri, yang juga pemilik bank, yang bank pusat tersebut akan mengawasinya. ( Jekyll Island and Formation of the Federal Reserve)

Oleh kerana dunia tidak pernah mempersoalkan anomali bersifat penipuan ini, ia menjadi bahagian sistem monetari dan kewangan Negara Negara dunia, dan mereka yang mempersoalkannya sedang dianggap sebagai pengganas terulung.

Di Malaysia, kerajaan kita mampu mencetak wangnya sendiri, untuk membiayai pakej rangsangan Virus Wuhan tanpa membayar faedah kepada bank swasta, tanpa memotong subsidi pendidikan, dan yang pastinya tanpa menjual Petronas.

Setiap tahun, bank bank swasta memperoleh keuntungan keseluruhan sekitar RM35 bilion setahun. Sekiranya wang itu milik kerajaan, semesti kerajaan milikki wang yang banyak untuk membiayai pakej rangsangan Virus Wuhan. Dengan sebanyak wang itu masuk dalam dana kerajaan setiap tahun, maka tidaklah menghairankan jika Negara dapat memberikan rakyat pendidikan percuma sehingga universiti, menghapuskan cukai pendapatan dalam negara, dan memberikan pendapatan asas (“basic income”) kepada setiap golongan miskin.

Dan seandainya berlaku suatu reformasi sistem monetari dan perbankan yang tepat, dengan izin Tuhan, kita akan dapat menyaksikan penghapusan inflasi, penurunan menjunam harga rumah, penguncupan jurang miskin kaya, peningkatan output ekonomi melalui sektor IKS yang terbiayai dengan penuh, dan penghapusan pengangguran belia dan graduan.

Itulah idaman yang kita akan hilang dan tidak tercapai andainya kita tidak cuba; dan mengambil kira RM35 bilion setahun jumlah keuntungan tahunan bank swasta itu, jika kita hanya mengambil separuh daripadanya dan kita congak jumlah wang yang kita hilang dari tahun 1957; jumlah yang kita boleh gunakan untuk menangani kemiskinan dan menyumbang untuk ekonomi negara adalah sebanyak RM1.1 trilion.

Sekretariat, 
Gerakan Keadilan Monetari
Kuala Lumpur
E-mel: monetaryjustice@gmail.com
Laman web: www.mmj.my

https://www.thestar.com.my/…/three-ways-for-malaysia-to-fin…

https://www.theguardian.com/…/rishi-sunak-dilemma-over-how-…Latest English Article Artikel Bahasa Terbaru Official Statement of Movement For Monetary Justice On Recent Government Economic Policies To Cope With Covid19 Epidemic OFFICIAL STATEMENT OF MOVEMENT FOR MONETARY JUSTICE ON RECENT GOVERNMENT ECONOMIC POLICIES INCLUDING THOSE TO COPE WITH THE WUHAN VIR…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *