IMAGINE / BAYANGKAN

Imagine

 

Imagine a yet to be developed country without money but with resources. We want the people to make and build things so that we become a developed country with lots of manufactured things. It’s not easy to do so without creating money. Money will ease the creation of more and more things in the country. However the amount of money must not be too high or too low, just adequate enough to promote economic development. However lets say we do not put a limit to the amount of money that can be created. If there is too much money prices of things will go up. Does our system allow for a systematic increase in wages of the poor so that they can continue to buy things? If not they will suffer when there is too much money. What if there is too little money? Economic development can be retarded if there are people who hoard money and keep it away from circulation.

 

What if we then create an institution called a bank who then collects everyone’s extra money and then lend it to other people who wants to create things. Seems fine but this bank is not an investor it is a money lender who do not want any risk. We will see that while other members of the economy has their ups and down this bank is getting richer and richer because of their “no loss business” formula. And when they create the checkbook system of payments this bank will begin to realize they can lend more money than they actually have and charge interest in the process. The bank gets richer and richer. As more and more cheque books are given to borrowers they increase the spending power in the economy without an equivalent increase in good and services. This glut of chequebook money pushes up the prices of things to the detriment of the poor. So we can see this money system is not good for the poor and low paid.

 

Now when they lend money they prefer to lend to people with collateral. The people who have collateral are rich people. When they lend to the rich people they are actually giving new money for the rich to spend. Remember these are new money being spent when goods and services are not yet created. Again this push up the price of things especially houses. This means the poor are being priced out of buying houses as we are seeing now. As too much money is being created this also contribute general inflation increasing generally the prices of things. Who again suffer? The poor and the low paid.

 

This is certainly an unIslamic system. So how come it is not declared unIslamic? This is because the majority of people do not understand the real evil of the system. Those who understand it say we have no choice but to use the current system because no one knows how to create an alternative. This is where they are wrong, there are so many people who knows how to create the alternative but do not have the chance to do so.

 

But do those who can change mindsets interact with these people? No they interact only with the bankers who don’t even understand the system they are in.

 

The central bankers also don’t understand the evils of the system we are operating in. They are too busy coping with the evil effects of the system to think about a permanent solution to solve the problem.

 

What about the political leaders, do they understand the system? No they are too busy coping with inflation, unemployment, falling exchange rates, budget deficit, ballooning government borrowing, trade deficit, to talk about solutions.

 

But that is what we are saying, we will remove inflation, deliver full employment, stabilize exchange rates, archive budget deficits, redeem all government borrowings and harmonise international trade.

 

But they can’t hear us because they are too busy coping with inflation, unemployment, falling exchange rates, budget deficit, ballooning government borrowing and trade deficit.

 

Sigh…………

 

 

Bayangkan

 

Bayangkan sebuah negara yang belum dibangunkan, belum dicipta sistem wang tetapi kaya dengan sumber semulajadi. Kita mahu rakyatnya membuat dan membina benda benda supaya negara menjadi sebuah negara yang maju dengan banyak barangan dan khidmat yang dihasilkan. Ia tidak mudah untuk berbuat demikian tanpa mencipta wang. Wang akan meringankan perwujudan lebih banyak barangan di negara ini. Walau bagaimanapun jumlah wang negara ini tidak boleh terlalu banyak atau terlalu sikit, hanya memadai cukup untuk menggalakkan pembangunan ekonomi. Namun katakanlah kita tidak meletakkan had untuk jumlah wang yang boleh dicipta. Jika terdapat terlalu banyak wang dicipta, harga barang akan naik. Adakah sistem ini membolehkan peningkatan pendapatan golongan orang miskin naik secara sistematik supaya mereka boleh terus membeli sesuatu? Jika tidak mereka akan menderita apabila terdapat terlalu banyak wang. Bagaimana pula jika jumlah wang terlalu sedikit? Pembangunan ekonomi boleh terbantut jika ada orang orang yang menyorok wang dan tidak membiarkan ia berputar dalam edaran.

 

Bagaimana jika kita kemudiannya menubuhkan suatu institusi yang dipanggil Bank yang kemudiannya mengumpul wang lebihan semua orang dan kemudian memberi pinjaman kepada orang lain yang mahu membuatkan sesuatu barang atau khidmat. Ini nampak seolah-olah suatu langkah yang bijak tetapi bank ini bukanlah bersifat pelabur; ia adalah “money lender” atau peminjam wang yang tidak mahu terima apa-apa risiko perniagaan biasa. Kita akan lihat bahawa ahli-ahli ekonomi lain turun naik dari segi untung rugi tetapi bank tetap untung dengan formula perniagaan wajib tak rugi mereka. Dan apabila mereka mewujudkan sistem cek bank ini akan mula menyedari bahawa mereka boleh memberi pinjaman wang lebih daripada jumlah wang yang mereka ada, dan mereka boleh mengenakan faedah dalam proses ini. Bank menjadi kaya dan terus kaya. Semakin banyak buku cek diberi kepada peminjam, mereka meningkatkan kuasa membeli dalam ekonomi tanpa peningkatan yang setara dalam jumlah barang dan perkhidmatan. Lebihan wang buku cek melonjakkan harga barangan menjejaskan golongan miskin. Oleh itu, kita boleh melihat sistem wang ini tidak baik untuk golongan miskin dan berpendapatan rendah.

 

Apabila Bank meminjamkan wang, mereka lebih suka untuk memberi pinjaman kepada orang yang mempunyai cagaran. Orang-orang yang mempunyai cagaran adalah orang-orang kaya. Apabila mereka memberi pinjaman kepada orang-orang kaya mereka sebenarnya memberikan wang baru cipta kepada yang kaya untuk berbelanja. Ingat, ini adalah wang baru yang dibelanjakan sebelum kenaikan barangan dan perkhidmatan tercipta. Sekali lagi ini menaikkan harga barangan, terutama rumah. Ini bermakna yang miskin terkeluar dari golongan yang mampu beli rumah seperti yang kita lihat sekarang. Kerana terlalu banyak wang dicipta ini juga menyumbang kepada inflasi umum meningkatkan harga barangan kepada orang ramai. Siapa yang sekali lagi menderita? Golongan miskin dan pendapatan rendah.

 

Ini pastinya satu sistem bertentangan dengan Islam. Jadi mengapa ia tidak diisytiharkan sebagai tidak Islamik? Ini adalah kerana kebanyakan orang tidak benar benar memahami kejahatan sebenar sistem ini. Mereka yang memahaminya mengatakan kita tidak mempunyai pilihan lain, jadi kita terpaksa mengguna sistem ini kerana tiada siapa yang tahu bagaimana untuk mencipta alternatif. Disini mereka salah, sebab terdapat begitu ramai cerdik pandai yang tahu bagaimana untuk mencipta sistem alternatif, tetapi mereka ini tidak diendah dan tidak beri peluang untuk berbuat demikian.

 

Tetapi adakah yang berwajib berinteraksi dengan golongan ini? Tidak. Mereka hanya berinteraksi dengan orang orang bank dimana orang orang bank sendiri tidak faham kepincangan sistem yang mereka amalkan.

 

Bank-bank pusat pula juga tidak memahami kejahatan sistem bank yang mereka kelola. Mereka terlalu sibuk menangani kesan buruk dari sistem tersebut untuk berfikir tentang penyelesaian muktamad yang boleh tercapai untuk selesai kepincangan sistem mereka.

 

Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin negara, adakah mereka memahami kejahatan sistem ini? Tidak. Mereka terlalu sibuk menangani inflasi, pengangguran, kejatuhan kadar pertukaran, defisit bajet, pelambungan pinjaman kerajaan, defisit perdagangan, untuk bercakap tentang penyelesaian.

 

Tetapi itulah yang kami katakan, kami in sya Allah akan menghapus inflasi, menghapus pengangguran, menstabilkan kadar pertukaran, mensejarahkan defisit bajet , menebus semua pinjaman kerajaan dan menyelaraskan perdagangan antarabangsa.

 

Tetapi mereka tidak dengar semua ini, sebab mereka terlalu sibuk menangani inflasi, pengangguran, kejatuhan kadar pertukaran, defisit bajet, pelambungan pinjaman kerajaan dan defisit perdagangan.

 

Hmmm …………

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *