Perbualan Antara Dua Sahabat

Perbualan Antara Dua Sahabat

Zain : Boleh tak meminjam suatu barang yang sebenarnya sedang dipinjam kepada 25 orang lagi secara serentak, dan sekiranya 25 orang ini tuntut untuk pegang dan lihat barang yang dipinjam barang itu tidak wujud atau tidak mampu dihadirkan oleh peminjam melainkan dengan tipu helah?

Apakah hukumnya dari segi Shara’?

Jamil : Dah sah tidak boleh dari segi logiknya pun. Tu memberi pinjam secara Yahudi. Saya rasa Perbankan Patuh Syariah kita pun ikut cara itu kut?

Zain : Bro boleh tak saya sewa basikal saya kepada 25 orang secara serentak dan beri mereka resit mengatakan mereka boleh datang bila-bila masa untuk ambil basikal itu dari kedai saya?

Jamil: Basikal ada satu habis tu nak sewa kepada 5 orang (25 orang tu ramai sangat) secara serentak? Masuk akal ke? Pandai betul menipu secara Yahudi. Perbankan Patuh Syariah kita buat macam tu juga ke?

Zain: Kita cakap pasal basikal kan? Ok kita aturlah supaya mereka datang pada waktu lain-lain. Kalau kebetulan ada yang datang serentak kita pinjamlah basikal jiran kita. Kita yakinkanlah kepada peminjam2 ini basikal yang sama.

Jamil: Lagi tidak masuk akal.

Zain: Rasa dari segi hukum macam mana? Suatu akad yang gharar, haram dan batilkan? Habis bro macam mana kalau benda tu bukan basikal tapi wang ia Shariah Compliant pulak?!

Jamil: Memang tidak kenalah cara begitu kerana bagi pinjam duit yang tidak wujud pun. Macam mana boleh sesuai dengan Syariah Compliant?

Zain: Bro kalau benda tu tidak Syariah Compliant mestilah ramai dah bantah, terutama cerdik pandai ugama kan? Semua diam je, so Syariah compliant lah tu.

Jamil: Tu yang dikatakan buat satu produk itu sampai boleh, kut mana pun mesti bagi nampak macam patuh syariah. Ramai bukan faham pun apa dia produk yang betul-betul patuh Syariah.

Zain: Bro akad Ijarah saya dengan setiap penyewa basikal tu mengikut rukun dan semua Syariah compliant bro!

Jamil: Saya rasa nampak saja patuh Syariah sebenarnya tidak patuh. Basikalnya satu tapi berada di dalam 25 akad Ijarah secara serentak. Dari segi logik akalnya pun dah nampak pincang dan ada unsur ketidak-benaran di dalam akad itu.

Zain: Habis kalau basikal tak boleh ngapa dengan wang boleh pulak? Boleh pulak buat financing 25 kali dengan wang yang sama?!

Jamil: Kalau nak ikutkan memang tidak boleh tapi ia sengaja dibolehkan kononnya kita dalam dharurah. Kalau begitu apa bezanya perbankan Islam dengan perbankan konvensional?

Zain: Boleh ke darurah beratus ratus tahun?

Jamil: Barangkali mereka tak dapat jalan lagi tu.
Kalau buat dinar & dirham baru nampak realistik mata wangnya. Tak boleh nak pusing macam duit Fiat (kertas) yang tiada sandaran apa pun.

Zain: Ngapa mereka tak nasihatkan ulil amri tu suruh buat benda yang betul?

Jamil: Barangkali mereka semua nak cari makan saja kut. Buat benda yang betul tak dapat banyak untung walau pun ada keberkatan. Buat benda yang tidak betul untung berganda-ganda dan mereka meyakinkan umat Islam ianya sah di sisi syariah Islam. Orang awam macam kita ni dan yang banyak tidak berpengetahuan hanya terima saja apa yang ada.

Zain: Habis sokonglah kalau ada orang buat FB page gerakanTowards A Just Monetary System /Kearah Sistem Monetari dan Kewangan yang Adil.

Jamil: Mudah-mudahan ramai lagi akan sedar perkara yang tak betul ini.

Penjelasan

Situasi diatas merujuk kepada sistem perbankan kita sekarang samada konvesyional atau Islam yang membenarkan bank- bank mencipta wang dari atas angin apabila bank-bank berkali-kali meminjam wang yang sama yang disimpan oleh pendeposit mereka. Contohnya pendeposit letak RM10,000 didalam bank dan ia diberi buku cek. Sistem perbankan akan meminjamkan duit RM10,000 ini, tolak rizab 2% kepada bank pusat setiap kali, sebanyak 25 kali menjadikan jumlah wang RM250,000 manakala wang sebenarnya hanya RM10,000. Mereka boleh buat demikian sebab pendeposit guna buku cek dan bukan tunai untuk buat bayaran. Bank-bank simpan sikit tunai sahaja bersandarkan pengalaman bahawa tidak ramai bayar dengan tunai. Akhirnya akan wujud 25 orang memegang buku cek yakin ia memilikki sebahagian dari duit RM10,000 yang sama itu. Semestinya kalau kesemua 25 orang itu minta keluarkan wang itu serentak mereka tidak akan berjaya kerana yang wujud hanya RM10000 sahaja. Inilah penipuan sistem bank kepada kita. Didalam Perbankan Patuh Syariah, untuk patuh Syariah kita hanya pastikan akad individu pinjaman/pembiayaan 25 kali itu betul ; kita tidak ambil pusing wang yang dipinjam/biayai kepada pelanggan sebenarnya tidak wujud didalam sistem. Ini meletakkan semua akad-akad individu itu diambang gharar yang besar menjuruskan kepada muamalat yang haram dan batil. Apa akan berlaku sekiranya kesemua ahli akad menuntut tunai dikeluarkan secara serentak?

Source : Toward A Just Monetary & Financial System / KeArah Sistem Monetari & Kewangan Yang Adil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *