Memahami Petrodollar

Kelab Che Det's photo.

Sampai Bila Arab Saudi dan OPEC Harus Memberi Sokongan Kepada Petrodollar (USD)

Petrodollar atau dollar Amerika tidak akan tumbang selagi Arab Saudi masih berpegang kepada penjanjian yang dimeterai bersama Henry Kissinger pada tahun 1974 yang membenarkan minyak hanya boleh diniagakan didalam USD. Dalam erti kata lain, selagi minyak diniagakan didalam USD, selagi itu USD akan terus kuat dan sukar untuk dijatuhkan. Maka, sesiapa yang sebelum ini merasakan dollar Amerika akan tumbang, sebenarnya itu lah penipuan terancang yang dijanakan oleh para banker untuk meraih keuntungan dari kenaikan dan kejatuhan matawang sesebuah negara. Hakikatnya, sebelum ini, ramai tidak menjangka dollar Amerika akan menjadi bertambah kuat walhal hutangnya sudah terlalu tinggi. Sekiranya perkara yang sama berlaku di negara-negara lain, pasti matawang mereka sudah lama jatuh merundum.

Sebagai umat Islam, amatlah penting untuk kita mengambil iktibar daripada perjanjian yang telah dimeterai diantara Arab Saudi dan Kissinger, kerana tanpa perjanjian tersebut, dollar Amerika sudah pasti lama terkubur, dan Amerika sebagai sebuah negara sudah pasti tidak dapat menjadi kuasa tunggal besar sehingga kini.

Usaha untuk mengaitkan Dollar Amerika dengan minyak yang dikenali sebagai Petrodollar bermula semasa negara-negara Arab OPEC mengekang penjualan minyak yang dikenali sebagai “Arab Oil Embargo” ketika berlakunya perang Arab-Israel di tahun 1973. Ketika itu hutang Amerika juga sedang meningkat kerana perlu mencetak terlalu banyak dollar Amerika bagi menaja peperangan demi peperangan. Ketika itu, Amerika juga sedang sibuk menaja “Vietnam War”.

Usaha ini telah diketuai oleh Henry Kissinger, perancang bangsa Yahudi yang telah memperkenalkan konsep Petrodollar demi untuk menyelamatkan dollar Amerika dari terus tumbang akibat pencetakan matawang yang terlalu banyak. Sebelum usaha yang diketuai oleh Kissinger ini dimulakan, President Richard Nixon telah mengambil langkah di tahun 1971 untuk memutuskan hubungkait dollar Amerika dengan emas yang telah dimeterai di Perjanjian Bretton Woods sejak tahun 1944. Ini merupakan usaha terdesak Nixon kerana penawaran dollar Amerika sudah menjadi terlalu banyak hinggakan tidak lagi boleh ditukarkan dengan simpanan emas yang ada seperti yang telah dimeterai di perjanjian Bretton Woods.

Maka, Kissinger telah ditugaskan oleh Nixon untuk mencari jalan agar nilai dollar Amerika tidak jatuh dan terus menjadi matawang internasional pilihan dunia. Maka, terciptalah konsep Petrodollar dimana Arab Saudi bersetuju untuk menjual minyak didalam dollar Amerika dengan balasan Amerika akan menjaga kepentingan dan pertahanan negara Arab Saudi. Kesan dari persetujuan tersebut amatlah ketara. Amerika boleh berbelanja sebanyak mana yang mereka perlukan tanpa perlu risau akan kesan keatas dollar Amerika. Inilah muslihatnya dimana ramai dikalangan umat Islam tidak nampak dan ketahui!

Walaupun negara Amerika hampir tiap-tiap tahun menghadapi defisit budget sejak dari tahun 1940 lagi, dollar Amerika mereka tetap kuat hingga kini! Dan untuk mengurangkan nilai defisit mereka dari menjadi semakin ketara, Arab Saudi serta negara-negara OPEC yang lain disuruh pula untuk membeli bon perbendaharaan Amerika yang menyebabkan aliran dollar Amerika kembali masuk kedalam negara Amerika.
Dalam erti kata lain, Arab Saudi telah menyelamatkan ekonomi Amerika bukan hanya dengan bersetuju untuk menjual minyak didalam matawang dollar Amerika tetapi juga bersetuju untuk melaburkan kembali dollar Amerika yang mereka perolehi dari jualan minyak dengan membeli bon perbendaharaan Amerika. Inilah formula nya kenapa nilai dollar Amerika masih terus kuat!

Samada, Arab Saudi dan OPEC mahu melihat kepada kenyataan seperti yang telah diulas, hanya masa akan menentukan. Amerika sudah pasti tidak akan membenarkan sebarang usaha untuk merubah dollar Amerika dari menjadi Petrodollar. Sekiranya itu berlaku, maka akan tamatlah riwayat negara Amerika. Inilah sebenarnya merupakan rahsia kejayaan untuk umat Islam untuk melepaskan diri dari terus ditindas melaui sistem kewangan Barat yang kini menutupi keseluruhan dunia ini hinggakan yang haram dinampakkan sebagai yang hala manakala yang halal pula dinampakkan sebagai yang haram.

Dari Shakespeare of Malaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *