Dimana Tahap Kefahaman Kita?

DIMANA TAHAP KEFAHAMAN KITA?
Assalamu ‘Alaikum,
Tidak ramai orang faham sistem monetari kita mengkedanakan yang sudah miskin dan memperkayakan yang sudah kaya. Sistem monetari kita jelas menentang surah AlHasyr ayat 7 yang mafhumnya menuntut supaya kekayaan tidak hanya mengalir diantara yang kaya. Sistem monetari kita secara automatis merompak kuasa beli yang miskin dan dhaif untuk memperkayakan yang sudah kaya.
Cuba buat kajian berapa ramai rakyat bergaji rendah dan penuntut bergantung atas mi segera sebagai makanan harian. Sudah terbukti mee segera diseliputi lilin antara lain, dan memerlu penyucian 3 hari oleh sistem badan kita sebelum ia boleh dimakan semula. Berapa banyak orang bergaji rendah termasuk penuntut makan mi segera setiap hari?
Berapa ramai yang masuk kedai mamak dan makan hanya nasi dengan kuah? Berapa banyak warung yang menjual hanya nasi kosong dan kepala ikan kembong goreng kepada rakyat yang tidak mampu selebih itu? Ini adalah disebabkan pukulan inflasi kekal sistem monetari kita yang sentiasa melonjakkan harga bahan2, meletak harga sepinggan nasi berlauk biasa, diluar kemampuan yang miskin.

Sistem monetari kita juga telah berjaya meletak harga rumah diluar kemampuan pasangan anak muda yang baru bekerja. Bayangkan bagaimana keadaan untuk cucu cicit kita nanti 20 tahun dari sekarang. Mampukan mereka membeli rumah? Mampukah mereka menyewa?!
Dan kombinasi sistem monetari sekarang dan sistem perbankan berasaskan hutang, sementara memastikan yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah kedana, ia juga akan pastikan ribuan graduan baru akan terus menganggur.
Syarikat syarikat Kecil/Sederhana (IKS/SME) secara purata dunia menghasil 80% pekerjaan dalam sesebuah negara. Tetapi ia sentiasa dianak tirikan oleh sistem perbankan kita didalam penumpuan mereka untuk hanya berurusan dengan syarikat besar dan gergasi. Bank bank juga lebih gemar menjual pinjaman peribadi dari membiayai syarikat IKS ini. Walhal mereka telah ditugaskan Negara untuk mengumpul kecairan untuk disalurkan kepada industri. Mereka lebih gemar menjual pinjaman peribadi, kad kredit dan pembiayaan perumahan kepada yang sudah memilikki rumah.
Sumbangan mereka kepada industri ialah menghulur kewangan kepada Syarikat syarikat gergasi yang tidak memerlu kewangan mereka. Apabila IKS kehausan kewangan, pekerjaan tidak tercipta dan graduan menganggur.
Tetapi ada satu lagi kelebihan yang setiap Negara memberi kepada bank bank. Ia itu hak mencipta duit. Anda mungkin bertanya bukan kah penciptaan duit hanya oleh kerajaan? Tidak, bank bank swasta ini pun diberi hak mencipta duit.
Bagaimana mereka mencipta duit? Mereka seolah diberi Mesin cipta duit dan setiap kali mereka memberi hutang mereka mencipta duit baru untuk diberi kepada yang berhutang.
Tak percaya? Inilah hakikatnya. Sekiranya anda didalam golongan tidak percaya, anda bersama ramai lagi termasuk ahli akademik dan ahli kerajaan.
Hakikatnya duit kertas dan duit syiling purata setiap Negara hanya 3% hingga 10% jumlah wang dalam sesebuah Negara. Bakinya apa? Bakinya ialah wang yang dicipta bank melalui sistem buku cek.
Apabila anda menyimpan RM1000 didalam sesebuah bank dan diberi buku cek, duit RM1000 anda itu dipinjam berkali kali oleh sistem bank sehingga begitu ramai orang yang pegang buku cek yakin mereka memilikki RM1000 anda itu, atau sebahagian daripada nya.
Mengapa bank boleh buat begitu? Sebab mereka tahu disetiap masa mereka hanya perlu sediakan 10% dari seluruh pinjaman tersebut dalam bentuk tunai, bakinya anda akan selesai dengan buku cek. Anda nampak penipuan ini? Mereka meminjam wang yang tidak wujud. Tambah lagi dengan internet banking, pembayaran online, ATM dan sebagainya lebih senang untuk mereka meminjam duit yang mereka cipta atas angin.
Pernah dibuat kajian bahawa sekira Bank terpaksa simpan 2% wang deposit pelanggan dengan bank pusat sebelum meminjam kepada orang lain, deposit asal sebanyak RM1,000 boleh menghasilkan RM24,000 duit ciptaan bank atas angin. Dan sekira nya deposit asal berjumlah RM1 billion maka bank akan mencipta RM24 billion wang dari atas angin.
Jadi masihkah kita hairan inflasi yang berlaku selama ini? Contoh yang sering dibuat ialah seorang graduan yang mula kerja dalam tahun 1982 bergaji RM1,200 boleh beli kereta baru termurah dengan harga RM14,000, dan boleh beli rumah teres dengan harga RM60,000. Kini, 33 tahun kemudian, pada 2015 purata gaji graduan baru, hanya naik kepada RM2,200 tetapi harga kereta baru termurah ialah RM40,000 dan harga rumah sudah mencecah RM500,000.
Ini jelas sekali akibat penciptaan wang tanpa sekat oleh sistem bank tanpa jumlah barang dan khidmat (goods and services) mampu mengejarnya.
Kita pernah makan roti canai dengan harga 15 sen, kacang putih 5 sen, teh tarik 35 sen, naik bas 20 sen, sewa rumah RM400 ; berapa harga semua itu sekarang? Bayangkan gaji seorang cashier pasar mini sekarang sebanyak RM700 sebulan? Bagaimana ia mampu menanggung sebuah keluarga?
Tetapi kita di,dalam zon selesa dan jarang sangat kita fikir tentang mereka yang sedang menderita.
Adalah tanggungjawab kita sebenarnya, untuk mengubah sistem monetari sekarang untuk membela mereka yang tidak bersuara ini.
Yang diterang diatas ialah suatu cara bank menghasil wang atas angin dan meminjamkan kepada orang lain dengan bunga. Suatu penemuan baru penciptaan wang atas angin oleh bank ialah bank cipta wang apabila ia meminjam wang kepada pelanggannya.
Bagaimana ini boleh berlaku? Ini telah terbukti dengan kajian empirikal yang telah dilakukan. Bank ialah sebuah institusi yang besar dengan ratusan, malahan ribuan cawangan sekira kita ambil kira cawangan diluar negeri.
Setiap cawangan atau jabatan tidak mampu mempastikan bank secara keseluruhan cukup duit sebelum membuat pinjaman. Setiap transaksi dan operasi berlaku secara ‘live’ dan jumlah deposit dan keluaran dari bank berubah setiap saat.
Jadi apa yang berlaku ialah pinjaman dibuat dengan bebas oleh cawangan dan jabatan. Hanya diakhir hari, Jabatan Perbendaharan atau Treasury, ditugas oleh bank untuk kira sama ada ia terlebih pinjam atau tidak.
Sekira ia terlebih pinjam maka ialah boleh pinjam kekurangan itu dari pasaran wang antara bank supaya ia tidak berada didalam defisit pada hari itu. Jadi ini jelas menunjukkan bank boleh ciptakan deposit apabila ia membuat pinjaman baru. Setiap kekurangan boleh dipinjam dari pasaran wang antara bank.
Katakan lah sebuah bank telah terlebih pinjam secara drastik dan berlarutan, dan pasaran wang antara bank tidak mampu menampung kelompongan ini. Adakah bank pusat akan membiar bank ini bermasaalah kecairan secara lanjutan yang akan mengundang bankrupsi dan penutupan?
Jawapannya tidak, sebab penutupan sebuah bank ada kesan buruk kepada sistem bank dan boleh berjangkit kepada bank lain. Jadi tidak boleh tidak bank pusat akan cipta wang baru untuk tutup kelompongan bank bermasaalah ini.
Jadi sudah jelas lagi terang tiada had untuk bank membuat pinjaman, malah ia benar benar boleh cipta deposit, apabila membuat pinjaman.
Sekira ciptaan wang oleh sistem bank boleh berlaku tanpa had maka ini akan menghasilkan lonjakkan jumlah wang dalam sesebuah Negara. Apabila lonjakan jumlah wang dalam Negara tidak mampu dikejar kenaikkan oleh jumlah barang dan khidmat, maka berlaku inflasi kekal yang akan porak perandakan kehidupan orang miskin dan berpendapatan rendah.
Inilah kepincangan sebuah sistem yang setakat ini tiada usaha diubah kerana rata rata masyarakat tidak memahami hakikat sebenar sistem wang kita.
Kepincangan sistem ciptaan wang oleh bank telah mewujudkan suatu gerakan dunia yang berazam mengubah sistem ini. Di United Kingdom misi ini dipelopori oleh sebuah institusi bertaraf NGO bernama Positive Money. Begitu berjaya Positive Money sehingga telah berjaya menghasilkan debat diParlimen Britain untuk mengkaji semula peranan bank dalam ekonomi. Matlamat mereka ialah untuk menamat kebenaran untuk bank mencipta wang dalam sistem ekonomi. Mereka berpendapat hak cipta duit tidak boleh diberi kepada swasta ia hanya milik kerajaan.
Dan dalam perkembangan terbaru didalam artikel dibawah mereka telah berjaya mendapat sokongan Lord Adair Turner, seorang bekas Pengerusi Financial Services Authority, United Kingdom yakni sebuah institusi diBritain mirip gabungan Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti diMalaysia. Mereka juga telah mendapat sokongan Jeremy Corbyn suatu nama yang hangat diperkatakan akan menjadi Pemimpin Parti Labour terbaru dan dijangka bakal Perdana Menteri Britain mendatang.
Dimana tahap kita diMalaysia? Adakah ahli politik dan ahli kerajaan kita memahami hakikat sebenar sistem monetari kita?
Atau masih mengeluh tanpa memahami. Mengapa jurang kaya miskin kian melebar, mengapa harga barang naik tanpa hentian, mengapa IKS tidak mengembang sepenuhnya, mengapa berkekalan lambakan graduan tanpa kerja, dan mengapa ekonomi sering jadi mangsa serangan kuasa asing?
Ditangan bank diletak hasrat Negara untuk kumpul wang rakyat dan cipta kerja. Yang kita dapati bank bertambah kaya dan rakyat kian menderita. Layak kah kita terus memberi hak cipta wang kepada institusi sedemikian rupa?

(SOURCE : WEBSITE POSITIVE MONEY)
Making Money Work : Can innovations in monetary policy promote long term prosperity?
Earlier this week, Positive Money hosted the biggest discussion on the future of UK monetary policy since the election. Here’s a brief review of the event. We’ll publish a video of it shortly.
Is Westminster finally waking up to the potential of innovative monetary policies to drive sustainable growth? The past few weeks have seen Labour’s leadership rivals debate the merits of the ‘people’s quantitative easing’ proposal.
Supporters of the policy argue that it represents a smart way of directing cash to productive areas of the economy without any extra cost to the public purse. But little is known about the details. How would it work? Is it relevant to today’s economic circumstances? And what does it mean for the future relationship between the Treasury and the Bank of England?
Similar innovations have been proposed by some of the world’s leading economists, and among them is Lord Adair Turner, former Chairman of the Financial Services Authority, and now Chairman of the Institute for New Economic Thinking.
On Monday 7th September, Positive Money hosted a high-level panel discussion, MAKING MONEY Work”, with Lord Adair Turner, Professor Steve Keen(Kingston University) and Chris Giles (Financial Times) in Central Hall Westminster. It was chaired by Fran Boait, Executive Director of Positive Money, who kicked off the event by discussing how politicians and economists’ limited understanding of money creations a major problem if we are going to tackle the challenges we face.

As far as we know it’s the biggest event on monetary financing that has ever taken place.
Lord Turner described Positive Money as an “organisation which has rightly focused our attention on some of the really fundamental issues in economics, about the nature of money and where purchasing power comes from.”
“I do believe that it is impossible to understand why the 2008 crisis occurred and even more why the recovery from that crisis has been so extraordinary difficult and slow, without addressing those fundamental issues about the nature of debt, nature of credit, nature of money and where purchasing power comes from, which Positive Money have encouraged us to think about.”
The event was attended by around 200 people, including leading figures in finance and civil society. Those taking part included Richard Murphy, advisor to Jeremy Corbyn, Natalie Bennett, leader of Green Party, as well as ex-banker and economics commentator Frances Coppola.
Just before Lord Turner’s presentation the audience was asked two questions:
1. “Do you think the next financial crisis is just around the corner?”
2. “Do you think we need to consider new innovations in monetary policy?”
The answer to both questions was unanimously “yes”.
Lord Turner gave a talk on how the monetary system works, the dangers of debt-fuelled growth and monetary financing as a new monetary policy tool that should be considered by governments and central banks.
He started by remarking that the crucial implications of money creation by private banks have been highlighted by a range of economists:
“Interestingly, the inability to accept money creation by banks isSHARED by free-market advocates & post-war Keynesians.”
He went on to outline how there is a key problem with relying on debt-fuelled growth to drive economies. He then did some myth busting about monetary policy, stating:
“Central insight of macroeconomics is that government is not like a household.”
“There is no reason whatsoever why helicopter money couldn’t work.”
“The key issues around overt money financing are political, not technical.”
After his presentation, Lord Turner was joined by Professor Steve Keen, Head of School of Economics, History and Politics at Kingston University, London and Chris Giles, Economics Editor of the Financial Times. The discussion was focused on the question “Can innovations in monetary policy promote long-term prosperity?”

Steve Keen was asked whether he sees a shift in understanding of money creation among economists after the BoE paper last March highlighted that the mainstream understanding of money creation is wrong.
“In terms of mainstream economists, they try to fit money into the framework in exactly the same way they fit everything else. Which is why they incorporated something they call frictions. And if you don’t know what I mean by friction, think Ptolemy’s epicycles. They’ve got a model of astronomy with the Earth at the centre of the Universe and the planets and the sun orbiting us, but they can’t explain why one of the planets suddenly fly off rapidly… And they are also not escaping from seeing banks as intermediaries.”
Questions and comments from the audience included remarks by Green Party leader Natalie Bennett, who challenged the panel to think about how the UK’s money system could serve sustainable society.

Richard Murphy argued that people’s QE is about having political/ democratic choice against private banks:
“Money is a tool – please let’s not put the bankers in charge.”
Chris Giles responded to Richard Murphy’s comment by saying that independence of the Bank of England could of course be ended if the government decided that was the right thing to do.

Another question was raised by the Barb Jacobson, the coordinator of UK’s Basic Income movement whether the Overt Money Finance could be used to finance Basic Income.
The response from Lord Turner: “I agree we could do QE in a basic income fashion.”

Fran raised the question of getting a Money Commission set up by the Treasury to investigate some of the ideas around monetary financing. Steve Keen said that it could be a good opportunity to keep this discussion on the Bank of England and Treasury’s agenda, and that it’s within these institutions- where the conversation needs to happen most of all.

The presentation and the discussion were recorded. We’ll make the videos available shortly. Watch this space!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *