ALANG-ALANG BICARA KEWANGAN BIAR SAMPAI KEPANGKAL ISU

ALANG-ALANG BICARA KEWANGAN BIAR SAMPAI KE PANGKAL ISU.

PERTELINGKAHAN DIANTARA MENTERI KEWANGAN DAN MANTAN MENTERI KEWANGAN BERKAITAN BURUK BAIKNYA INSTITUSI MILIK NEGARA MELABUR DIDALAM SYARIKAT JUDI HONGKONG.

Oleh Muhammad Zahid Abdul Aziz

         Timbalan Pengerusi

         Gerakan Keadilan Monetari

Assalamu ‘Alaikum

Saya tertarik tentang pertelingkahan Menteri Kewangan dan Mantan Menteri Kewangan berkaitan buruk baiknya institusi milik negara melabur didalam Syarikat Judi Hongkong dan ingin memberi pandangan sebagai rakyat Malaysia Muslim ‘amnya dan Reformis Monetari Islam khususnya.

Apakah itu seorang Reformis Monetari Islam?  Sistem Monetari kita adalah legasi dari zaman penjajahan Inggeris yang kita terima pakai tanpa banyak usul periksa sampai ke hari ini. Adakah fikir semula Sistem Monetari Islam suatu perkara kecil atau perkara besar kepada kita?

Allah swt berfirman dalam Surah AlBaqarah ayat 279 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba, jika kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak melaksanakannya, maka ketahuilah bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu; dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok asal hartamu. Kamu tidak menganiayai, dan tidak dianiayai. (Surah al-Baqarah: 278-279). 

Satu-satunya dosa yang mengundang istiharan perang dari Allah swt dan RasulNya ialah riba dan pengamalan riba. Riba terhasil dari pergelumangan manusia dalam hutang dan dunia diselubungi hutang.

Jelas sekali apabila Allah swt dan RasulNya mengistihar perang terhadap pengamal riba ia isu maha besar yang tidak sepatutnya kita cuba berselindung disebalik ‘urf dunia atau ‘urf Barat. Mana mungkin ini boleh menjadi alasan kepada kita semua, diperbicaraan kita diyaumul akhir. 

Sejurusnya tidak henti-henti AlQuran menuntut kita untuk berfikir dan menggunakan akal kita. Afala Tatafakkarun; Afala Ta’kilun; Afala Tazakkarun, Afala Tubshirun.

Secara rumusannya sistem monetari yang kita amal sekarang ialah sistem legasi Yahudi yang mengagungkan hutang dan riba. Dari penubuhan sebuah bank pusat milik lima keluarga Yahudi diAmerika, yakni The Federal Reserve, hinggalah penunggangan sebuah institusi diBasel Switzerland, yakni Bank of International Settlements, untuk mereka kembangkan industri hutang sehingga ia selubungi dunia dengan kayap dan debu riba. Basel juga ialah tempat lahirnya World Zionist Organisation, dan tersohor antara Lembaga Pengarah awal Bank of International Settlements ialah dua mantan Governor Bank of Israel dan beberapa Governor Federal Reserve yang sebangsa.

Akibat sistem monetari songsang ini hutang dan riba bermaharajalela didunia dan turut dijangkit dan membiak dinegara-negara Islam jajahan barat. Sistem ini menepis tuntutan Qaiddhah Fiqhiyyah Islam, AlGhunm bi AlGhurm, laba hanya dengan risiko, dan menobat hutang dan riba sebagai ‘urf tersohor amalan manusia akhir zaman.

Dari penobatan oleh manusia akan sistem riba dinegara masing-masing dan diseluruh dunia maka terhasillah kuasa kepada Amerika Syarikat untuk mendapati hak mencipta wang dunia dan  mengaut hasil-mahsul dunia, semuanya dibeli mengguna wang dicetak wawenang oleh mereka. Dengan kuasa tersebut tidak hairanlah terancamnya Masjidil AlAqsa.

Untuk penjelasan lanjut berkaitan kepincangan sistem monetari kita saya jemput sdr/sdri sekelian ke laman web Gerakan Keadilan Monetari -Movement for Monetary Justice di https://telegra.ph/MMJ-Home-01-04 atau mmj.my  atau diFB@MMJ- Gerakan Keadilan Monetari.

Yang ingin dibacarakan ini ialah apa akibatnya bank bank milik institusi Malaysia memberi pinjaman kepada syarikat judi?

Kewujudan bank itu sendiri kita soal. Yang harus wujud dalam sistem ekonomi Islam ialah sebuah institusi yang mengutip duit pelabur dan sebagai mudarib, melabur wang tersebut didalam institusi perniagaan dalam bentuk perkongsian untung Mudarabah atau Musyarakah. Untung diterima dari pelanggan kemudian dikongsi dengan pelabur.

Yang ada dalam sistem ekonomi kita sekarang ialah bank konvesyional yang memberi hutang berdasar bunga dan bank Islam yang menghasil hutang kepada pelanggan melalui akad-akadnya. Akad2 bank konvensyional jelas riba; akad2 perbankan Islam dikatakan menepati tuntutan Syariah, namun ada juga kaul, dan banyak juga desas desus yang timbul dari kalangan ulama sendiri , yang mengatakan akad-akad tersebut telah dipesong sehingga paling tidak ia menghasilkan sistem yang meniti dipinggir riba. Namun kita serah penilaian ini kepada pembaca.

Yang ingin dibangun oleh reformis monetari bukan akad-akad ini yang berlaku selepas wang dicipta ; yang ingin dibicarakan ialah keabsahan penciptaan wang sebelum berakad, dan kemana wang dihala salepas berakad. Penilaian reformis monetari bukan setakad akad transaksi tanpa mengambil kira keabsahan ciptaan wang, dan keboborokkan kemana wang dituju oleh akad tersebut. Ilmu ini kurang di fahami oleh umat dan pemimpin sehingga menjadi umat dan negara terus tertipu oleh sistem Yahudi/ Barat ini.

Untuk kupasan berkaitan keabsahan penciptaan wang kita hala pembaca budiman ke bicara di   https://internationalmoneyreform.org/news/2021/09/islamic-worldview-real-economics-immr-working-group-presentation/     (dalam Bahasa Inggeris)

Di dunia moden, wang dicipta oleh bank-bank swasta apabila mereka memberi pinjaman atau pembiayaan. Wang dalam jenis nombor, berjumlah purata 95% jumlah wang sesebuah negara ; manakala wang jenis kertas dan syiling purata hanya 5% ciptaan kerajaan. Fakta inilah yang kurang difahami rakyat dan negara. Seandainya setakat rakyat belum faham ia tidak seteruk penggubal dasar ekonomi negara yang belum faham. Setia tanpa soal kepada fahaman barat, kerajaan bergantung kepada bank pusat untuk menasihati mereka. Dan seandainya bank pusat tidak kenal siapa Bank of International Settlements darimana arahan mereka terima, bagaimana nasib rakyat dan negara?

Apabila hak mencipta wang diserah kepada Bank Swasta mereka anggap ini hak peribadi yang tiada kaitan dengan negara. Oleh yang demikian mereka lakukan yang terbaik untuk keuntungan peribadi mereka dan menghayunkan inflasi dan sengsara kepada rakyat jelata. Kerakusan mereka menghala 65% wang negara ke pinjaman peribadi, kad kredit dan sektor peribadi menghasilkan inflasi ‘am yang mencuri kuasa beli rakyat paling teruk ditanggung rakyat marhaen, menghasilkan inflasi gelembung harga rumah mengakibat pandangan berputih mata  pasangan muda ingin membeli rumah, dan menghasilkan penglebaran jurang miskin kaya, yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin.

Oleh kerana hanya 35% wang mereka hala kepada sektor ekonomi tampak yang mengakibat hanya 16% wang negara dihala kepada sektor IKS, yang mencipta 70% pekerjaan (40% sumbangan KDNK); maka berlambak-lambaklah pengangguran anak muda dan graduan dinegara kita. Ini antara kepincangan sistem monetari negara dan sekira kita gabungkan dengan kepincangan sistem monetari peringkat antarabangsa yang mengancam Masjdil AlAqsa, dan menghancurkan Palestin dan pelbagai negara Islam, maka sudah jelas kepada kita amaran Surah AlBaqarah ayat 279.

Bolehkah kita mula ubah sistem monetari kita? Memang boleh in sya Allah. Hayati lah penjelasan dan cadangan-cadangan Gerakan Keadilan Monetari di https://telegra.ph/MMJ-Home-01-04 atau mmj.my  atau diFB@MMJ- Gerakan Keadilan Monetari.

Kembali kepada pertelingkahan dua orang sahabat terhormat sekolah saya, isunya ialah bank milik institusi kerajaan Malaysia, telah melabur dalam sebuah syarikat asas perjudian diHongkong. Apakah pandangan kita? Pertama, malang sekali bank-bank tersebut menghala wang keluar negara dan kepada syarikat judi pulak tu. Ini adalah suatu kegagalan mutlak pimpinan negara, yang dahulu dan sekarang memahami tuntutan ugama berkaitan riba dan judi. Sangat malu umat Islam Malaysia buat masa ini dengan pendedahan ini. Saya kira penjelasan yang tersasar mengatakan Malaysia negara pelbagai bangsa untuk mengiya bank kita membiaya syarikat judi antarabangsa. Apakah semua yang bukan Islam sanjung dan redha dengan perjudian?

Balik lah kepangkal jalan, kita umat terpilih diberi kitab hidayah oleh Pencipta untuk melaksana tugas sebagai khalifah dimuka bumi. Mengapa diakhir zaman kita masih agungkan kitab Basel dari kitab AlQuran, dan mengapa diakhir zaman kita masih agungkan Sunnah Barat dari Sunnah Rasul saw kita? Biiznillah yakinlah kita mampu mengubahnya.

Alang- alang bicara kewangan biar sampai kepangkal isu.

Muhammad Zahid Abdul Aziz,

Timbalan Pengerusi,

Gerakan Keadilan Monetari.

monetaryjustice@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.