BOLEHKAH KERAJAAN CIPTA DUIT DAN ANUGERAH RM10,000 SEORANG, UNTUK MANGSA BANJIR BAIKI RUMAH?

Assalam,

BOLEHKAH KERAJAAN CIPTA DUIT DAN ANUGERAH RM10,000 SEORANG, UNTUK MANGSA BANJIR BAIKI RUMAH?

Jawapannya memang boleh dan harus disegerakan.

Apa akan jadi sekiranya Kerajaan cetak duit dan beri RM10,000 seorang kepada mangsa banjir, khusus yang kerosakkan rumah?

Mereka akan guna untuk upah tukang perbaiki rumah. Tukang perbaiki rumah akan guna duit itu untuk membeli bahan konkrit, papan, paku,cat dsbnya.

Penjual konkrit, papan, paku,cat dsbnya akan kelihatan peningkatan jualan barang-barang itu, dan akibatnya gudang-gudang  konkrit, papan, paku, cat dsbnya akan tambah pembikinan barang-barang ini. Kemungkinan besar mereka akan tambah pekerja.

Jadi dimana yang akan jadi inflasinya kalau Kerajaan cetak duit untuk beri mangsa banjir?

Setiap penghuluran duit diikuti terciptanya barang dan khidmat!!

Yang dikehendaki mereka ialah Kerajaan pinjam duit dari bank untuk bantu rakyat. Bank cipta duit baru kepada Kerajaan dan caj Kerajaan bunga.

Kerajaan guna duit itu untuk beri kepada mangsa banjir. Cumanya sebahagian wang perlu dipotong untuk bayar bunga bank. Dan beberapa tahun kemudian Budget Kesihatan kena dipotong untuk bayar pokok pinjaman kepada bank.

Kegilaan apakah ini?

Setiap kali kerajaan nak bantu rakyat bank jadi kaya, dan akhirnya Budget Kesihatan dan seumpamanya perlu dipotong untuk bayar pokok pinjaman kepada Bank.

Walhal Bank cipta sahaja duit itu. Suatu tindakan yang Kerajaan memang mampu buat sendiri tetapi telah tertipu ikut sistem kehendak Yahudi antarabangsa.

Kegilaan apakah ini?

Masihkah kita belum mengerti dan terus dicocok hidung kesana sini kerana kagumnya kita dengan sistem Yahudi barat?!

Muhammad Zahid Abdul Aziz

Reformis Monetari Islam

mmj.my. FB dan Telegram @Gerakan Keadilan Monetari.

monetaryjustice@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.