INTAN PERMATA YANG TERCURI

INTAN PERMATA YANG TERCURI.

Assalamu ‘Alaikum,

Rata-rata kita momok penjajah telah mencuri hasil bijih timah kita; Intan Permata Islam yang dicuri belum kita sedari.

Aneh sungguh hidup diakhir zaman, semua sistem hidup telah disediakan untuk kita. Kita terima saja tanpa banyak soal.

Namun begitu AlQuran kerap tuntut kita berfikir. Mengapa kita tidak fikir tentang sistem-sistem hidup yang telah disediakan untuk kita? Adakah sistem kewangan, sistem monetari,sistem perbankan, sistem pendidikkan, yang kita amali terhasil dari AlQuran dan Sunnah? Atau hanya sistem-sistem asing yang kita Islamkan dengan penuh kesangsian dan keraguan?

 Jangan marah kepada yang sangsi dan yang ragu. Tidak timbul perasaan itu kalau tiada songsangnya sistem-sistem yang diamali. Lebih teruk, apa hujjah kita diyaumul akhir seandai apa yang kita kata benar, tidak benar. Sanggupkah kita membenar keengganan kita dari mendengar telahan umat menjadi punca kecundang kita dimedan keadilan.

Bak kata perpatah, kalau tidak ada angin mana mungkin pokok bergoyang. Janganlah kita beranggap gedung ilmu milik kita, dengan itu tiada apa perkara lagi yang kita tidak tahu. Dan tidak bangunnya umat ingin membetul keadaan melainkan datang dari kesedaran yang tinggi, yang tidak mungkin mampu ditepis ketepi jalanan.

Malah terancam-ancam dibenak fikiran mereka apakah ini, “the burden of knowledge that we carry” yakni beban ilmu yang kami pikuli.

Bukankah umat Islam harus agungkan AlQuran dan Sunnah dalam hidupnya? Bagaimana mungkin Islam kita di rukun Islam lima perkara sahaja, tetapi tidak disistem-sistem hidup kita?

Covid mencengkam hidup umat, namun apabila ditanya apakah penyelesaiannya, jurujawab Kerajaan, Bank Negara jawab tanpa sebarang perasaan malu, kami akan turunkan kadar riba!

Tidak malukah kita kepada Allah swt dan RasulNya, ini jawapan umat Muhammad diakhir zaman? Dan tidak kah aneh orang yang membangkit isu ini dianggap janggal ; dan orang yang diam membisu dianggap Islamik?!

Bukankah sistem hidup kita harus berpunca dari AlQuran dan Sunnah? Dan bukan AlQuran dan Sunnah dilentur untuk menepati keadaan semasa. Siapa kata kita tidak tahu penyelesaiannya? Siapa kata kita tidak tahu penyelesian sistem kewangan dan sistem monetari kita? Siapa kata kita akan diserang habis habisan seandai mengubah sistem ini diperingkat domestik? Begitu banyak hantu jembalang dicipta untuk momok umat seolah umat budak hingusan.

Sudah tiba masanya yang ditompok kuasa sedar jurang bahaya yang mereka sedang meniti. Apa kata kalau kita bilang ada penyelesaiannya tanpa kita diserang Amerika? Malah Amerika mungkin mencontohi kita!

Tetapi sebelum kita kesitu kita harus tenung sedalam dalamnya sistem pendidikkan kita. Kalau kita rasa tiada apa terfikir untuk disoal berkaitan sistem pendidikkan yang kita lalui, tanyalah mengapa manusia agung Muhammad Rasulullah saw tidak dimartabat sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah didalam sistem pendidikkan kita?!

Mengapa Abraham Lincoln, Mahatma Ghandi dan Confucious yang diagungkan sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah? Tidak kah Muhammad saw yang digelar Rahmatul ‘Alamin oleh Pencipta kita menjadi penyebab terciptanya alam kita ini? Dari sebatang tubuh mulia diGua Hira’ yang menerima wahyu dari Penciptanya untuk mengembangkan ugama fitrah, pengikut Muhammad  s.a.w  kini mencecah 2.3 bilion manusia. Bukan kah ini suatu pencapaian yang wajib diiktiraf dalam sistem pendidikkan kita? Mengapa manusia manusia kerdil itu lebih disanjung sistem pendidikkan kita?

Bukan kah AlQuran itu mukjizat yang dianugerah kepada manusia oleh Penciptanya? Mengapa ia tiada peranan dalam sistem pendidikkan kita? Mengapa penyelidikkan Sains tidak dimulakan dengan rujukan kepada Kitab yang dianugerah oleh Pencipta kita, yang penuh rahsia Sains dan Cakrawala?

Mengapa sistem-sistem hidup kita tidak berpunca dan berkiblat AlQuran dan Sunnah? Mengapa sistem ekonomi kita sanjungkan riba? Tiada kesankah kepada sanubari kita ancaman perang Allah swt dan RasulNya terhadap pengamal riba saperti tertera dalam ayat 279 Surah AlBaqarah? Inikah pendirian Muslim sejati yang akan menghadapi Tuhannya tidak lama lagi? Sudah yakinkah kita dengan lenturan lenturan yang telah dihasilkan untuk berdiri megah kini berdeklarasi kita telah tegakkan AlQuran dan Sunnah dalam sistem hidup kita?

Bagaimana mungkin kita ubah diri kita, bagaimana mungkin umat ubah amalan dan fahaman mereka, seandai individu dan umat belum kenal diri, belum kenal sejarah dan belum kenal porak peranda yang telah dilaku terhadap amalan ugama kita oleh penganut ugama Kristian yang menjajahi kita? Penjajahan mereka bukan setakat fisikal, yang lebih parah lagi ialah penjajahan mental dan sanubari.

Ya Rabb dimana harus kita bermula untuk menonggak arus, menjinak taufan, dan mematah balik ribut dan badai?

Kita tidak bilang umat tidak Islamik, liar dan meninggal ugama mereka. Kita ditahap amalan ibadah yang memberangsangkan juga kalau dibanding pada zaman dahulu kala. Yang kita sangsi ialah kita bertaqwa dari segi amalan ibadah, namun penderhaka dari segi amalan sistem-sistem hidup kita.

Kita selesa dengan sistem-sistem hidup yang tidak ditegakkan, dan tidak menegakkan, tuntutan-tuntutan AlQuran dan Sunnah. Kita terima bulat-bulat sistem-sistem hidup yang datang dari fahaman Kristian dan Barat dan kita amalkan tanpa silu dalam hidup harian kita.

Kita tidak kenal mana mungkin sistem-sistem yang tidak berpaksi AlQuran dan Sunnah menegak tuntutan AlQuran dan Sunnah. Dan tiada usaha usaha untuk kita tegakkan sistem-sistem AlQuran dan Sunnah. Yang ada ialah usaha kita untuk lenturkan Quran dan Sunnah supaya sesuai dengan tuntutan sistem-sistem Barat ini.

Apabila ditanya mengapa tiada usaha ini yang kita dengar ialah yang beraliran Shariah mengatakan tiada penyelesaian; manakala yang beraliran dunia tanpa Shariah mengatakan dimana salahhya sistem-sistem sekarang. Mengapa kita harus tinggal sistem barat dan kembali kepada sistem kunu. Na’udzubillah min zalik. Dan yang ingin membawa perubahan dilabel terroris tahap dunia.

Bukankah porak peranda dunia Islam ini akibat dunia mendaulat kan sistem Barat? Aman dan damaikah  Syria, Libya, Iraq, Afghanistan dan Somalia? Aman damai dan tidak terancam kah AlAqsa? Tiada kehancuran yang berlaku diPalestin? Semua ini diakibatkan kita redha dengan sistem yang membenarkan musuh Islam memperkayakan diri mereka melalui sistem perbankan dan monetari dunia.

Diperingkat domestik bukankah umat marhaen sedang menderita menanggung makanan keluarga? Perihatinkah kita terhadap penderitaan mereka? Ya kita hulurkan bantuan sekadar ingat tetapi bukankah lebih aula kita perjuangkan pengubahan sistem yang akan mertabatkan mereka sebagai manusia penghidup bumi duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi?

Tidak kah yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin? Belum fahamkah kita bahawa sistem wang dan sistem monetari yang kita amali mewajibkan kesengsaraan ini? Tidak kah pengangguran graduan dan anak muda menjadi jadi? Bagaimana mungkin kita yakinkan anak-anak kita berjuang dimedan pelajaran seandai sudah terserlah didepan mata mereka nasib yang menanti?

Dan anak-anak lepasan sekolah sudah cukupkah tanggungjawab kita mewarisi mereka suatu sistem hidup yang cukup untuk tangani kehidupan mereka? Bukankah kebobrokan dan kerakusan kita digenerasi kita yang mewajibkan penderitaan dizaman mereka? Mana mungkin dalam enggan dan tidak mengamali sistem yang diwajib Pencipta, mendatangkan kebahagiaan didalam hidup kita? Apakah tiada pilihan melainkan kita mesti hanyut dengan kesesatan bekas penjajah kita? Penjajah yang telah lama pergi tetapi tetap bertakhta disanubari dan minda kita.

Teknologi apa yang dicipta umat dan negara Islam sekarang? Bukankah semua teknologi baru dicipta oleh bukan negara Islam? Mengapa kita tidak mendahului dunia walaupun diberi Manual sains dan teknologi oleh Pencipta? Dimana letaknya AlQuran didalam hidup seorang Muslim diakhir zaman? Panduan dan bimbingan hidup kita atau bak hanya kitab alunan suara merdu. Berkebil kebil mata umat Islam diakhir zaman apabila Gaza dan Palestin dihujani bom dan sengsara oleh Israel. Berkebil kebil mata umat Islam diakhir zaman apabila Palestin dikunyah hancur lumat oleh Israel dan AlAqsa dicemari bangsa Yahudi?

Inikah kejayaan sistem Barat yang dilaung sebahagian umat? Yang memandang Quran dan Sunnah kunu ; tidak mampu menghasil sistem-sistem alternatif kepada yang sedia ada?

Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku, matiku hanya untukMu Tuhan sekelian Alam. Ikrar atau hanya kata-kata dusta?!

Sebelum mempelajari ugama kita sering dituntut mengenal diri kita. Namun pernahkah kita kenal bangsa kita, sejarah kita? Kenalkah kita apa yang telah berlaku kepada nusa dan bangsa apabila British menjajah kita.

Yang kita momokkan ialah British telah mencuri timah kita ; tidak pernah kita kesal British mencuri Islam kita! Ya kita dan datuk nenek kita tidak diKristiankan, tapi sedarkah kita British telah curi kesyumulan ugama kita?!

Kesyumulan yang menghasil kegemilangan Umat Islam diabad ke 15 dimana kita mendepani dunia dalam bidang sains dan teknologi dan segala jenis ilmu. Di Abad Muslim menguasai AlQuran dan Sunnah dan ilmu dunia.  Ilmu dunia ditimba dari AlQuran disebabkan penguasaan mereka terhadap Bahasa AlQuran.

Diantara ilmuan kita pada zaman tersebut adalah nama-nama berikut :

AlHakim -yang menguasai kedua-dua dunia yakni pakar AlQuran dan Sunnah dan Pakar Ilmu Dunia

Nama
Dikenali
Barat
Nama
Sebenar
Pencapaian
Avicenna Ibn Sina Bapa Perubatan
AlHazen IbnHaytham Bapa Optik
Gerber Jabir Hayyan Bapa Kimia
Algoritmi Khawarizmi Bapa Algoritma (Algorithms)
Abul
casis
Abu Qasim Bapa Pembedahan Moden (Modern
Surgery)
Avem
pace
Ibn Bajjah Pengasas Hukum Gerakan Ketiga (Third Law of Motion)
Aven
Zoar
Ibn Zuhr Bapa Pembedahan Eksperiman
(Experimental Surgery)
  IbnuKhaldun Bapa Ilmu Ekonomi
  Ibnu Rushd Ahli Falsafah, Perubatan dan Sains
  AlKaraji Pencipta Kalkulus Algebra
  Sind bin Ali Trigonometri Sfera
  AlRazi Penemu Penyakit Campak dan cacar
  Ibn AlNafis Fiziologi Peredaran Darah
  Ibnu Sahl Hukum Pembiasan (Law of Reflection)
  Ibnu
AlShatir
Astronomi

(Sumber: Buku “Umpama Buih DiLautan – Suatu Hujjah Untuk Perlaksanaan Sistem Monetari Islam” karya Penulis.)

Namun kesyumulan ini dicuri dan dihancur oleh Barat apabila British mendarat ditanah air kita pada 1786.

British adalah suatu bangsa Eropah yang melalui revolusi sekular pada abad ke 15. Pada abad itu Eropah diperintahi Gereja. Namun pemerintahan Gereja tidak disukai rakyat Eropah. Rata-rata rakyat Eropah bangun menentang pemerintahan Gereja,. Nama-nama terulung diabad itu ialah antaranya John Eck dari Britain, Robespierre dari Perancis, Martin Luther dari Jerman. Suatu revolusi bangun diEropah yang menjatuhkan pemerintahan Geraja diganti dengan pemerintahan Sekular.

Mereka bilang mereka tidak tinggal ugama Kristian tetapi mereka tidak mahu apa-apa unsur ugama didalam kehidupan mereka. Yakni tiada ugama dalam pentadbiran, perniagaan, kehidupan sosial dan seumpamanya ; ugama dikhususkan hanya pada pagi Ahad. Kebencian mereka terhadap campurtangan ugama dalam kehidupan lanjut kepada penghapusan semua ciri ketuhanan dalam subjek-subjek sistem pendidikkan khusus diUniversiti -universiti mereka. Subjek-subjek disekolah dan universiti digilapi bersih dari ugama dan ketuhanan sehingga ilmuan ilmuan mereka saperti Galileo,Descartes, dan Newton  mengesyorkan bahawa Tuhan tidak wujud ; yang menjalankan alam ialah sistem mekanikal.

Jadi masa itu lahirlah subjek Ekonomi, Perakaunan, Fizik, Biologi, Kimia, Ilmu Alam, Perubatan, Undang-Undang, Sejarah dan Falsafah yang berasas dunia tanpa Tuhan. Orang Eropah termasuk British menjalankan kehidupan yang cukup Sekular. (Rujuk buku “Islam dan Sekularisma” oleh Prof Syed Mohd Naguib AlAttas, seorang ilmuan negara bertaraf dunia yang mula kehidupan diPesantren Indonesia)

Satelah berabad-abad mengamalkan sistem hidup Sekular datanglah penjajah British ketanah jajahan mereka termasuk Malaya membawa fahaman tebal Sekular mereka. Apabila mereka mendarat diPulau Pinang pada tahun 1786 mereka memberitahu datuk nenek kita –“ Jangan risau kami tidak akan Kristiankan kamu tetapi kami akan sekularkan ugama kamu bagaimana kami telah sekularkan ugama kami.”

Itu yang telah dilakukan oleh British terhadap kita. Maka porak perandalah ugama syumul kita dilakukan oleh British. Antara lain mereka telah hasilkan dua aliran sistem pendidikkan. Yakni aliran pendidikkan Syariah tanpa ilmu dunia, dan sistem ilmu dunia tanpa ilmu Syariah.  Subjek-subjek berasas dunia tanpa Tuhan mereka diimpot dan diajar sepenuhnya didalam sistem pendidikkan kita termasuk sekolah dan universiti-universiti hingga kehari ini melainkan baru-baru ini disuatu dua Institusi Pendidikkan Islam saperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Antara kesan Sistem pendidikkan Sekular ala barat ialah pemisahan umat Malaysia dari AlQuran dan Sunnah. Yang khusus belajar AlQuran dan Sunnah tidak dapat membantu dengan efektif disebabkan mereka tidak digarap ilmu dunia. Yang berilmu dunia terhalanglah ilmu sains dan teknologi dalam Quran yang tidak mampu digalinya. Mereka tidak menguasai ilmu Quran dan Sunnah dan jauh sekali menguasi Bahasa AlQuran.

Kita juga dirudung “Inferiority Complex” besar besaran (kompleks/perasaan rendah diri); tidak mampu mendahului dunia dalam apa saja bidang disebab kita diasuh setiap penyelidikkan kita harus bermula dari Gedung ilmu barat. Gedung ilmu AlQuran terhalang dari kita disebabkan sistem pendidikkan yang kita telah lalui.

Reformasi Sistem Monetari telah banyak dibahasi oleh Reformis Monetari Islam. Sila rujuk laman web kami di Gerakan Keadilan Monetari / Movement for Monetary Justice Malaysia mmj.my dan FB dan Telegram @ Gerakan Keadilan Monetari untuk kupasan lanjut.

Dua sistem hidup ini wajib direformasi dinegara kita yakni Sistem Monetari dan Sistem Pendidikkan. Sistem Pendidikkan kami perjuangkan Sekolah Satu Sessi yakni Pendidikkan AlQuran dan Sunnah pada sessi pagi, dan Sessi Sains dan Teknologi dan lain-lain pada sessi petang.

Sertai dan perjuanglah bersama kami di Gerakan Keadilan Monetari.

Muhammad Zahid Abdul Aziz

Reformis Monetari Islam.

monetaryjustice@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.