Assalam,
Apakah itu bitcoin?
Terlalu ramai keliru berkaitan wang, bitcoin, cryptocurrency dan sebagainya kerana tidak menguasai apakah sifat wang yang perlu atau dikehendaki dalam Islam.
Yang kita ketahui wang yang dirujuk atau ditunjuk dalam AlQuran adalah emas dan perak. Sunnah pula ada merujuk juga kepada garam, tamar dan barli sebagai wang. Sayyidina Umar r.a. pula pernah mencadang kulit unta sebagai wang tetapi tidak meneruskannya. Manakala Imam Malik r.a. mengatakan wang ialah apa sahaja yang boleh diterima umat sebagai alat pertukaran.
Diantara ciri ciri wang yang kita perlu ialah menghasilkan keadilan didalam jual beli. Apabila kita serah wang untuk mendapat sesuatu hasil penat lelah seseorang hendaklah ia suatu benda yang tidak akan hilang nilainya dengan aliran masa.
Yang kedua wang ini bukan lah suatu benda yang mudah dicipta. Seandainya biji saga menjadi wang ; akan porak peranda suatu pasaran kalau datang kepasar seorang dengan tiga guni buah saga.
Zaman Rasulullah saw wang ada lah denarius Rom yang menjadi dinar dan drachma Parsi yang menjadi dirham. Bersama dengan tamar, garam dan barli untuk transaksi besar. Akhir 600 Hijrah baru lah Khalifah Abdul Malik bin Marwan menerbitkan dinar emas dan dirham perak Islam sendiri.
Satelah dunia bertarung begitu lama diantara penggunaan emas dan perak sebagai penyelesaian niaga antarabangsa dengan wang kertas akhirnya pengunaan wang kertas menguasai keadaan hingga ke masa ini.
Pada suatu masa dahulu dibawah sistem Bretton Woods setidak-tidaknya wang USD, yang diguna sebagai wang antarabangsa, dikatakan boleh ditukar kepada emas oleh mana-mana kerajaan dunia. Tetapi disebabkan penipuan demi penipuan oleh Presiden Amerika dalam mencipta terlalu banyak duit USD melebihi akujanji sandaran kepada emas, pada tahun 1971 berlakulah apa yang dikatakan Nixon Shock. Yakni Presiden Nixon umum kepada dunia “Maaf USD tidak boleh lagi ditukar kepada emas.”
Sebelum ini USD bersandar emas dan wang negara lain bersandar kepada USD. Dengan pengumuman Nixon Shock itu USD bersandar kepada kosong dan wang negara lain yang bersandar kepada USD kini bersandar kepada kosong.
Tetapi saperti cerita dongeng The Emperor has no Clothes, suatu dunia buat tak tau dan make donno keadaan ini. Sebab kalau mereka akui bahawa USD tiada nilai, dan hingga kehari ini Federal Reserve masih mencipta duit baru USD sampai bertrillion trillion, maka hancus lah duit kertas satu dunia.
Tiap tiap hari nilai USD kepada RM dan lain lain wang diumumkan seolah suatu ukuran yang dianggap sahih dan haqqul yakin. Walhal kita semua tahu nilai ini bersandar kepada Dow Jones Index dan kadar bunga Bon Treasury Federal Reserve. Satu dunia juga make donno bahawa Amerika boleh urut sahaja nombor Dow Jones Index dan nombor bunga Bon Treasury untuk menghasil penipuan terbaik untuk Amerika untuk hari itu.
Disinilah keadaan kita apabila kita beriman haqqul yakin dengan sistem barat, kita pandang hina sistem Quran dan Sunnah dan melabel semua reformis monetari Islam sebagai Pengganas atau Terroris dunia tahap nombor satu.
Didalam suasana ini keluarlah bitcoin. Apa benda bitcoin ini? Ia suatu jenis wang yang penghasilan nya sangat sukar seolah melombong emas juga. Untuk mendapat satu bitcoin kita perlu pasang begitu banyak komputer untuk membuat jutaan kiraan yang memakan letrik begitu banyak juga. Pencurian letrik besar besaran adalah satu akibat buruk wujudnya bitcoin ini. Apabila terhasil bitcoin sistem blockchain memastikan ia suatu benda bernilai yang boleh diguna untuk membuat pembayaran, mahupun pembayaran antarabangsa. Penyulitan (encryption) dilakukan dengan teknologi kripto terhadap wang digital ini sehingga ia tidak dapat dipalsukan oleh pihak ketiga dan boleh untuk jadi alat bayaran
Apakah masaalah bitcoin? Dengan susah dicipta ia mendekati juga illah emas sebagai wang yakni tidak boleh dicipta dengan banyak dengan mudah. Tetapi terlalu banyak penipuan dikaitkan dengan bitcoin dan duit kripto. Laporan mengatakan pada tahun 2019 USD4 billion telah dicuri dari wang kripto.
Pada bulan Jun 2021 sepasang adik beradik di Afrika Selatan telah berjaya mencuri USD3.6 billion melalui bitcoin. 400,000 penipuan kripto berlaku pada tahun 2020 dan dijangka meningkat 75% pada tahun 2021.
Jadi jelas Bitcoin gagal dari aspek Gharar. Dengan begitu banyak penipuan tidak mungkin ia boleh dianggap suatu wang Islamik.
Lagi satu perkara yang menolak kita menganggap bitcoin sebagai wang Islamik ialah ia wang yang dijual beli. Dari nilai kosong pada tahun 2009 ia kini bernilai hampir RM158,000.
AlGhazali berkata dalam Ihya Ulumiddin” Vol 4. Pp 348 barang siapa memulakan berjual beli matawang tindakan itu adalah bercanggah dengan objektif asal wang. Ibnu Qayyim menyokong pendapat AlGhazali dan membidas tindakan jual beli wang. Katanya. :”Ia mesti ditegas kerana akan membawa kerosakan besar”
Oleh yang demikian hentilah segala urusan berkaitan bitcoin dan seumpamanya melainkan ia bersandar kepada emas atau lain lain ‘ain.Sesuatu fatwa memang perlu ilmu Shariah yang tinggi. Dimasa yang sama ia sangat perlu ilmu selok belok dunia yang tinggi juga. Tidak mungkin suatu pendapat itu benar dan cucuk kalau satu antara dua ilmu ini kurang atau tiada
https://mmj.my/movement-for-monetary-justice-malaysias-mmj-stand-on-cryptocurrencies-mmj-committee/
