MAAF DR HANA

MAAF DR HANA

Assalamu ‘Alaikum,

Saya membaca tulisan Dr Hana berkaitan terpaksa memilih siapa yang hidup dan siapa yang mati disebab kekurangan ventilator atau alat penafasan dipusat Covid Dr Hana bertugas. Saya tidak boleh kata saya membaca keluhan Dr Hana dengan mata yang kering. Siapa tidak tersentuh apabila jatuh kepada kita untuk tentukan siapa hidup siapa yang mati. Bagaimana dengan anak muda yang baru sampai tercungap-cungap salepas Dr Hana dan rakan-rakan telah gunakan ventilator terakhir pada hari itu. Dr Hana tahu apa akan berlaku kepada anak muda itu semalaman. Bak kata Dr Hana hukuman mati yang lebih layak dijatuh oleh Hakim terbilang dimahkamah jenayah daripada suatu tugas petugas petugas frontliner penyelamat nyawa.

Bagaimana kita telah sampai ketahap begini? Yang saya tahu keadaan begini hanya berlaku dihospital militari dimedan perang. Macam mana ia boleh berlaku ditengah ibu kota yang bergelumang dengan kekayaan individu dan institusi. Ya disini kita nampak kelebihan sistem waqf yang diamal oleh kerajaan silam Islam. Tidak mungkin perkara ini akan berlaku dibawah sistem tersebut. Saya rasa belum terlambat untuk kerajaan kita menggerak kutipan waqf besar besaran dari individu-individu dan institusi kaya diMalaysia. Malah yang rakyat biasa pun mampu menghulur semampu mereka.

Dikalangan kita ada suatu kumpulan institusi bertuah Dr Hana yang telah diberi layanan luar biasa oleh negara. Mereka kini memilikki kekayaan terkumpul berjumlah RM356 billion. Dalam bahasa kewangan inilah jumlah terkumpul “Shareholders Funds” mereka masakini. Ataupun dalam bahasa mudah kekayaan terkumpul mereka lah setelah tolak semua hutang piutang. Kalau dizaman Firaun dahulu ini boleh kita katakan kekayaan Qarun lah.

Bagaimana terhimpun kekayaan begitu banyak? Kita perlu faham perjalanan sejarah. Dizaman Khalifah Islam zaman dahulu wang adalah emas dan perak yang dihasilkan oleh pemerintah. Dizaman moden ini dimana kesemua sistem dunia ditentukan barat, penciptaan wang disesebuah negara telah diswastakan. Institusi institusi inilah yang telah diberi hak untuk mencipta wang keperluan negara. Seandainya mereka menghalakan wang ini seratus peratus kepada ekonomi negara kita tidak boleh salahkan mereka. Ini perkara yang baik. Tetapi tidak; diadalam keadaan pemerintah dan rakyat tidak faham, mereka menanggap hak cipta wang ini seolah hak peribadi mereka. Jadi mereka pilih untuk jadi Chettiar besar besaran menghala wang negara kepada pinjaman peribadi. Perkara ini tidak menghasil barang dan khidmat dan hanya menyumbang kepada inflasi yang mencuri kuasa beli rakyat. Malah terlalu sedikit mereka menghalakan wang kepada ekonomi negara mengakibatkan mereka menjadi amat kaya dan negara terkesan dengan inflasi, pengangguran dan penglebaran jurang miskin kaya.

Ini semuanya akibat hormatnya kita kepada sistem barat seolah olah penambahan kepada rukun iman yang kita harus patuhi. Tak tahulah Dr Hana mungkin berdosa kut kalau kita ubah sistem barat ini. Menteri Kewangan sendiri telah umum diluar kemampuan dia untuk mengarah bank bank memberi keringanan yang dituntut dizaman Covid ini.

Ya Dr Hana, institusi institusi yang saya maksudkan ini ialah bank bank dinegara kita yang memilikki kekayaan terkumpul sebanyak RM356 billion yang ditambah untung tiap tiap tahun RM34 billion. Mereka adalah intan terpilih negara. Sudahlah diberi hak yang tidak layak diberi kepada mereka ; model bisnes mereka juga boleh dianggap kemuncak ketidak adilan  perniagaan. Mereka satu satu nya peniaga didalam negara kita yang wajib untung, tak boleh rugi. Labur wang dalam perniagaan orang ; wajib dapat untung dan dipulang balik  modal sama ada orang itu untung atau rugi. Ini merupakan suatu kegilaan yang kita tidak soal lagi sebab dah jadi darah daging kita kerana hormatnya kita kepada sistem barat.

Kembali kepada masaalah yang dihadapi Dr Hana dan rakan rakan boleh kah kita minta sedikit dari RM356 billion mereka itu untuk beli ventilator untuk pesakit pesakit Covid itu? Tak boleh Dr Hana.  Mereka tidak boleh rugi sebab kalau mereka rugi maka hancurlah sistem pembayaran negara. Sudah banyak cadangan diberi untuk selesai masaalah bank sebagai sistem pembayaran ini. Tetapi semua ditolak tepi sebab menjamin sistem bank tidak berubah sudah menjadi seolah olah tambahan kepada rukun iman negara.

Maaf Dr Hana pesakit pesakit yang Dr Hana dan rakan rakan layan itu tidak sepenting institusi institusi terpilih ini. Dan saya dan rakan-rakan tidak mampu mengubahnya kerana kuasa tiada ditangan kami.

Ya Dr Hana “Everyday we die a little inside” Setiap hari hati berkecai sedikit demi sedikit.

Website : mmj.my

FB dan Telegram Channel Gerakan Keadilan Monetari

Akhirnya kita dah sampai peringkat ni.*

Tahu tak apa yang membuatkan kami lelah?

Bukan kerana perlu pakai PPE dan mandi 5-6 kali sehari. Bukan juga kerana menjaga beratus pesakit kritikal kategori 4 & 5 setiap hari.

Bukan.

*Tetapi kerana perlu buat keputusan, pesakit mana satu kami kena pilih untuk berikan ventilator terakhir kami setiap hari.*

Adakala setelah kami susah payah saring dan pilih seorang dari 20 pesakit untuk ventilator terakhir kami, tiba-tiba datang pula seorang pesakit yang lebih muda, lebih kritikal dan lebih layak untuk ventilator tadi.

Namun apakan daya. Tiada ventilator untuk dia buat hari itu. Terlewat beberapa minit. Dah jadi rezeki orang lain.

Tahukan apa akan jadi pada mereka yang tak dapat bantuan ICU atau ventilator pada saat kritikal itu? Umpama dijatuhkan hukuman mati penuh siksa.

Setiap mereka yang tak dapat ventilator asyik bertanya bila giliran mereka nak dibawa masuk ke ICU; dah tak mampu bernafas, penat sangat.

Mereka yang kekurangan oksigen dah tak tentu arah cuba bernafas dalam pelbagai posisi. Baring tak kena, duduk pun tak kena. Ada yang merangkak atas katil, ada yang menyangkung bawah paip oksigen.

Masing-masing cuba memaksa sebanyak mungkin oksigen dari topeng masuk ke paru-paru yang dah membengkak dan keras. Cuba dan cuba sehinggalah jantung tak mampu menanggung.

Bayangkan mereka itu adik beradik kita, ibu bapa kita, tuan puan.

Kami bila habis on call dan pulang ke rumah akan asyik teringat dan rasa bersalah.

Betulkah pilihan yang aku buat semalam? Patutkah aku beri ventilator pada pakcik tu? Atau pada adik tadi? Lambat sangat kah aku bawa pesakit tadi masuk ICU? Patutkah aku switch-off lebih cepat ventilator makcik yang tiada harapan hidup, untuk memberikan katil ICU itu buat pakcik yang dah lama menunggu?

Kami cuba lupakan. Jika tidak nanti akan terbawa-bawa dan menganggu kerja. Lusa nak on call semula.

Itulah yang membuatkan kami kecewa dan lelah.

*Bukan kerana penat selamatkan nyawa. Tapi kerana kami tak mampu nak selamatkan semua.*

.

.

Hana Hadzrami

And each day, we die a little more inside

DR hana

Hana Hadzrami

Leave a Reply

Your email address will not be published.