Perjuangan Kami

Pernahkah anda memikir mengapa berzaman zaman harga barang sering naik tidak seiring kenaikkan gaji atau pendapatan kita?

Anda rasa sangat tersepit. Mengapa tiada henti-henti kenaikkan harga barang? Harga kereta dan rumah pun melambung berbanding dulu.

Pada tahun 1982 contohnya gaji seorang graduan baru ialah RM1200 sebulan; harga kereta baru termurah ialah RM14,000; dan rumah teres termurah diLembah Kelang RM60,000.

Pada 2013, gaji graduan baru purata ialah RM2,200. Ini merupakan kenaikkan hanya RM1,000 didalam jangka masa 31 tahun!

Tetapi harga kereta termurah telah melambung ke RM40,000 dan harga rumah termurah diLembah Kelang melambung ke RM400,000!

Mengapa ia berlaku demikian? Adakah ia disebabkan harga keluli, harga simen dan harga bahan rumah telah naik dengan begitu banyak?

Tidak! Harga bahan-bahan tersebut semestinya telah naik tetapi bukanlah itu lah sebabnya kelambungan yang mendadak dalam harga-harga tersebut diatas

Didalam sesebuah negara wang kertas dan syiling hanya merupakan 10% dari jumlah wang sesebuah negara. Jadi 90% lagi itu apa?

90% itu adalah wang yang dicipta atas angin oleh bank. Ini merupakan fakta yang kurang difahami umum.

Ramai yang menyangka bahawa duit didalam sesebuah negara contohnya negara kita adalah wang kertas dan wang syiling semata-mata dan ianya bersandar emas dan jumlah tidak berubah dari tahun ke tahun.

Tidak. Realitinya ialah wang kertas dan syiling merupakan hanya 10% dari jumlah wang dinegara kita.

Wang kita tidak bersandarkan emas, ia dicipta setiap masa oleh bank-bank dari atas angin dan jumlah wang melambung naik setiap masa, setiap tahun.

Boleh tidak kita bayangkan apa akan berlaku sekiranya jumlah wang melambung naik didalam sebuah negara tanpa kenaikkan setimpal jumlah barang dan khidmat?

Semestinya akan belaku inflasi. Inilah yang kita alami dari tahun ke tahun.

Dari contoh diatas, inilah sebabnya harga kereta dari RM14,000 ke RM40,000 dan harga rumah teres dari RM60,000 hingga RM400,000!

Cuba kita kenangkan berapa harga barang pada dekad 60’an, 70’an dan 80’an berbanding sekarang?

Berapakah harga sekilo ikan kembong, sekilo cili, sekeping roti canai, segelas teh tarik, tambang bas, sewa rumah, nasi lemak, goreng pisang dan sepinggan mee goreng?

Bandingkan harga-harga tersebut dengan harga sekarang.

Sekarang kita nampak dengan jelas bagaimana kenaikkan jumlah wang tanpa pengetahuan dan izin kita didalam sebuah negara akan melambung naikkan harga-harga barang kepada kita.

Kenaikkan harga barang-barang ini sebenarnya ialah pencurian kuasa beli kita.

Adakah sesiapa memberitahu kita untuk bersedia apabila jumlah wang akan dinaikkan sebelum ia dinaikkan?

Tidak. Ia dinaikkan tanpa pengetahuan dan tanpa izin kita.

Lebih perit lagi sistem ini mengkedanakan yang miskin dan menambah kaya yang sudah kaya.

Jumlah wang didalam sesebuah negara sepatutnya lebih kurang tetap dan tidak dilonjakkan tanpa henti setiap masa dan setiap tahun.

Kelonjakkan jumlah wang tanpa henti, tanpa izin dan tanpa pengetahuan orang ramai ialah suatu bentuk kezaliman terutama kepada rakyat marhaen yang berpendaptan rendah dan tetap.

Bagaimana pula kalau kami tunjukkan bahawa kezaliman yang berlaku bukan setakat pencurian kuasa beli rakyat marhaen tetapi sistem yang diamal sekarang memunggah kekayaan dari yang miskin kepada yang kaya?

Inilah akibatnya pukulan dua penjuru sistem perbankan rizab pecahan digabungkan dengan sistem perbankan berasaskan hutang.

Sistem perbankan rizab pecahan menghasilkan ciptaan wang berlipat ganda dari atas angin saperti berikut.

Anda menyimpan RM1000 didalam akaun semasa sebuah bank. Anda diberi buku cek dan anda berkeyakinan boleh belanja RM1000 itu bila bila masa dengan menulis cek.

Bank anda tidak pula menyimpan wang itu khusus untuk perbelanjaan anda. Setelah menolak rizab sebanyak 10% yang perlu diletak dibank pusat bank anda meminjamkan RM900 kepada pelanggan lain.

Pelanggan ini meletakkan RM900 dibank beliau dan diberi buku cek. Beliau juga yakin beliau boleh membelanja RM900 dengan menulis cek.

Bank ini pula akan pinjam kepada pelanggan lain selepas menolak rizab 10%. Bank ini meminjam RM810 kepada pelanggannya. Pelanggannya meletak RM810 dibank lain dan diberi buku cek.

Kalau kita henti disini dan kira kembali berapa orang yang pegang buku cek dan berapa jumlah yang mereka yakin mereka boleh berbelanja kita dapati setakat ini 3 orang pegang buku cek masing-masing yakin dapat berbelanja RM1000, RM900 dan RM810 iaitu berjumlah RM2,710, manakala wang asal yang disimpan dibank hanya RM1,000!

Inilah yang dimaksudkan wang yang dicipta dari atas angin.

Secara matematik dengan rizab yang perlu diletak dibank pusat sebanyak 10%, sistem ini mampu mencipta wang atas angin sebanyak RM9,000, mengganda jumlah wang dari RM1,000 kepada RM10,000.

Sekiranya angka asal deposit ialah RM1 bilion maka sistem ini mampu mencipta wang atas angin sebanyak RM9 bilion mengganda jumlah wang dari RM1bilion kepada RM10 bilion.

Inilah sebabnya harga barang dan khidmat senantiasa naik dan tidak akan henti selagi sistem ini diamalkan.

Pokoknya inflasi tidak akan hilang dari hidup kita dan harga barang tidak akan turun.

Pengecualian ialah kemelesetan ekonomi yang dahsyat dimana kejatuhan harga tidak lagi bermakna kepada yang kehilangan kerja dan pendapatan.

Satelah sistem perbankan rizab pecahan membebankan kita dengan inflasi yang kekal dalam hidup kita sistem perbankan berdasarkan hutang pula beroperasi memunggahkan kekayaan dari yang miskin kepada yang kaya.

Kita lihat diatas bagaimana wang dicipta atas angin oleh bank. Bank kemudian memberi pinjaman kepada pelanggan mereka.

Bank sentiasa memberi keutamaan kepada pelanggan yang dapat memberi cagaran untuk hutang mereka.

Yang mampu menawar cagaran ialah yang kaya dalam masyarakat.

Ini bermakna yang utama mendapat pinjaman dari bank ialah dari golongan berada samada individu atau syarikat.

Mereka mengguna duit yang dicipta dari atas angin oleh bank untuk membeli barang dan khidmat dalam masyarakat.

Oleh kerana jumlah barang dan khidmat tidak naik setimpal dengan kelonjakkan jumlah wang atas angin ia akan menghasilkan inflasi yang mencuri kuasa beli rakyat marhaen.

Maka sudah jatuh ditimpa tangga berlakulah pemunggahan kekayaan dari yang miskin kepada yang kaya.

Inilah kezaliman yang kita ingin hapuskan; perjuangan yang kita ingin dilakukan.

Cukuplah setakat ini kita sekongkol membantu pencurian kuasa beli rakyat marhaen.

Cukuplah setakat ini kita sekongkol membantu pemunggahan kekayaan dari yang miskin kepada yang kaya.

Mahukah anda bersama kami?