SIGN THE PETITION – KEPADA KERAJAAN MALAYSIA, ROMBAK SISTEM MONETARI!

https://www.change.org/p/the-government-of-malaysia-rombak-sistem-monetari-kita/share_for_starters?just_created=true

Rombak Sistem Monetari Kita

PETISYEN OLEH PERTUBUHAN GERAKAN KEADILAN MONETARI MALAYSIA

Kerajaan datang dan pergi tetapi rakyat tetap dibebani dengan kenaikan harga makanan dan kos kehidupan yang tinggi dan terus meningkat. Mengapa? Adakah kerana dasar-dasar ekonomi yang tidak betul? Sebenarnya TIDAK AKAN ADA PERUBAHAN sehingga Sistem Monetari negara diubah.

 

Ini adalah realiti yang kerajaan harus hadapi dan tidak mengabaikan. Dan bukanlah mustahil untuk menukar sistem monetari; ia boleh dilakukan, langkah demi langkah.

 

Tetapi terlebih dahulu marilah kita faham bagaimana sistem monetari menaikkan harga secara kekal. Inflasi berlaku apabila terlalu banyak wang yang dihasilkan mengejar terlalu sedikit barang, atau barang-barang yang tidak meningkatkan didalam kuantiti secepat peningkatan jumlah wang.

 

Oleh itu, penyelesaiannya adalah untuk mengurangkan pengeluaran wang, atau membuat jumlah wang meningkat pada kadar yang sama dengan kenaikan barangan dan perkhidmatan.

 

Mudah dilaksanakan seandainya wang hanya dihasilkan oleh kerajaan. Tetapi bagaimana jika sektor swasta yang menghasilkan 95% daripada wang negara dan kerajaan melalui bank pusatnya hanya menghasilkan 5%? !!!

 

Inilah realiti kehidupan yang tidak difahami ramai. Inilah keadaan di semua negara di dunia. Bank Pusat menerusi mata wang kertas dan duit syiling hanya menghasilkan  5% purata wang negara; bank-bank mencipta 95% wang negara apabila mereka memberi pinjaman!

 

Ya bank mencipta wang baru apabila mereka memberi pinjaman. Dan wang ini bukan dalam bentuk mata wang kertas dan duit syiling. Ia dalam bentuk dalam talian atau online yakni nombor-nombor dalam akaun bank anda yang anda guna untuk membuat pembayaran melalui buku cek, pindahan dalam talian dan mesin ATM. Ini adalah wang yang dicipta oleh bank-bank. Dan fenomena ini diakui, dan disahkan, oleh Bank of England, Federal Reserve AS dan oleh Bank Pusat Eropah. Untuk memahami proses ini, anda dijemput melawat laman web kami di mmj.my atau laman web NGO yang seangkatan di seluruh dunia seperti Positive Money UK.

 

Apabila bank menghasilkan wang apabila mereka memberikan pinjaman mereka  hanya peduli keuntungan mereka; mereka tidak ambil kira kesan daripada pengeluaran terlalu banyak wang ke arah inflasi bagi negara.

 

Keupayaan bank-bank untuk mencipta wang adalah punca masaalah inflasi yang ditanggung oleh rakyat; lonjakan harga makanan dan kos harga hidup dan inflasi gelembung harga rumah. Bank-bank mengaut keuntungan; rakyat menderita dalam senyap.

 

Jadi sudah tiba masanya untuk kerajaan akui masalah ini, dan mula mengubah dan mereformasikan sistem monetari Negara.

 

Pertubuhan Gerakan Keadilan Monetari, sebagai NGO yang berdaftar dengan Objektif Mereformasikan Sistem Monetari, memilikki penyelesaian penyelesaian praktikal untuk menangani masalah ini tetapi hasrat kami untuk menjelas kepada kepada kerajaan tidak kesampaian.

 

Sila senaraikan nama anda diPetisyen ini sebagai tanda menyokong kami dan meminta Kerajaan untuk memulakan perbincangan mengenai Pembaharuan/ Reformasi Sistem Monetari Negara untuk menyelesaikan masalah peningkatan kos sara hidup yang sedang ditanggung sengsara oleh rakyat.

 

 

 

Sekretariat,

Pertubuhan Gerakan Keadilan Monetari/Movement for Monetary Justice

(ppm0241430112017)

 

17-01, Kompleks D’Bayu, Jalan Serambi U8 / 21, Bukit Jelutong 40150 Shah Alam.Tel: 03 7842 5187, +601112386018 +60122125405 Whatsapp / Telegram

E-mel: monetaryjustice@gmail.com

Laman web: www.mmj.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *