KENYATAAN MEDIA – GERAKAN KEADILAN MONETARI / MOVEMENT FOR MONETARY JUSTICE. 6 HB FEB 2018

Kenyataan Media – Gerakan Keadilan Monetari / Movement for Monetary Justice.

Tarikh : 6hb Februari 2018

 

Didalam temubual dengan media massa, Dato Ameer Ali, Pengarah Urusan Mydin, sebuah jaringan hypermarket tempatan kehairanan KDNK Negara meningkat namun pengguna seolah tidak memilikki wang untuk membeli barang harian.

 

Sudah tiba masanya kita fahami dan hadapi masaalah sebenar yang mengharungi kita dan setiap Negara yang sedang mengamal sistem perbankan dan monetari yang sama.

 

Hakikatnya ialah hak penciptaan wang didalam sesebuah Negara kini bukan lagi milik tunggal pemerintah. Secara sedar atau tidak sedar purata 97% wang dalam sesebuah Negara dicipta oleh pihak swasta yakni bank-bank dinegara tersebut.

 

Kerajaan melalui bank pusat hanya mencipta 3% wang Negara yakni wang nota dan wang syiling. Bakinya yakni wang buku cek atau wang kad ATM, dicipta oleh bank bank dari atas angin, apabila mereka meminjam berkali kali wang yang deposit dengan mereka.

 

Perkara ini diakui sendiri oleh bank pusat United Kingdom, yakni Bank of England termasuk juga bank pusat Persatuan Eropah, European Central Bank.

 

Malah penemuan terbaru ialah bank mencipta wang apabila mereka memberi pinjaman.

 

Sudah tiba masanya perangka polisi kewangan dan ekonomi Negara ini tidak lagi menutup mata terhadap fenomena ini. Disebabkan fenomena inilah wujudnya dilemma diatas, dimana kenaikkan KDNK tidak diikuti dengan bertambahnya wang dalam poket rakyat biasa.

 

Hakikatnya terlebih ciptaan wang yang disebut diatas mencuri kuasa beli rakyat marhaen.

 

Saperti disebut dalam artikel diatas pada masa Negara mengumumkan kadar inflasi Negara pada kadar 3.5%, harga makanan telah naik 14%-15% hanya dalam jangkamasa 5 tahun yang lepas. Antara lain kubis naik 29%, ikan kembung hitam 19.5%, sos cili 38.8%, dan sardin 38%.

 

Apa yang berlaku ialah wang tercipta apabila bank bank membuat pinjaman. Bank bank membuat keputusan untuk tingkat kredit/ memberi pinjaman tanpa ambil kira kesan terhadap inflasi Negara.

 

Terlebihan ciptaan wang oleh pihak bank selalunya tidak terkejar oleh jumlah barang dan khidmat dalam sesebuah Negara. Kadar kenaikkan jumlah wang selalunya jauh meninggal kadar kenaikkan jumlah barang dan khidmat mengakibatkan inflasi melarat dan inflasi kekal dalam sesebuah Negara.

 

Oleh yang demikian kami diGerakan Keadilan Monetari percaya penderitaan rakyat akibat pukulan inflasi tanpa henti dan tanpa reda ini, tidak akan dapat diselesaikan melainkan kerajaan dan cerdik pandai mengkaji semula sistem perbankan dan sistem monetari yang kita amalkan.

 

Tidak semestinya perubahan drastik perlu dilakukan untuk selesaikan masaalah saperti perubahan mengejut kepada sistem emas dan dinar. Walaupun ini hakikat matlamat terakhir penyelesaaian,

 

Negara boleh mulakan langkah pertama dengan mengkaji semula untuk tarik balik kuasa ciptaan wang oleh sistem bank.

 

Perkara ini tidak lagi janggal malah kini merupakan gerakan islah sedunia untuk berhijrah dari sistem pincang yang diamalkan sekarang.

 

 

Sekretariat, Gerakan Keadilan Monetari.

Kuala Lumpur.

Laman web : mmj.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *