BITCOIN

BITCOIN
Assalam. Kalau kita bermula dengan keadaan tuntutan sebenar bahawa setiap perdagangan diselesai dengan emas maka tidak timbul duit China beza dengan duit Rusia beza dengan duit Malaysia beza dengan duit Bolivia. Emas adalah emas samada emas China atau emas Sweden. Jadi dari situ kita sudah nampak kebatilan memperdagang duit Malaysia lawan duit America lawan duit Switzerland lawan duit Brunei. Suatu muamalat yang batil. Inikan pula kononnya melabur Bitcoin dengan membeli dengan duit kertas fiat dengan harapan mendapat lebih banyak duit fiat. Ini bermakna kita sudah redha dengan duit fiat. Apakah kepincangan duit fiat? Mencuri kuasa beli masyarakat, berat ditanggung oleh golongan marhaen. Bergabung dengan sistem perbankan berasaskan hutang, tak kira Islamik atau konvensyional, memperkaya yang sudah kaya mengkedana yang sudah miskin. Apa hukum menidakkan Surah AlHasyr ayat 7? Akhir sebabnya Allah swt dan Rasul saw istihar perang kepada pengamal riba, dimana sistem duit fiat ialah ibu kepada segala riba, ialah kerana sistem inilah laknatullah Israel itu mampu mencabar kesucian, dan mengancam mentakluk AlAqsa dan Palestin. Kalau tidak sampai kesitu terjahan kita, agaknya mengapa AlQuran sentiasa mentempelak orang yang tidak berfikir?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *