PELANCARAN BUKU BARU : UMPAMA BUIH DILAUTAN -SUATU HUJJAH UNTUK PERLAKSANAAN SISTEM MONETARI ISLAM

 

 

 

20160909_160549_1473410329065

 

 

 

 

SINOPSIS

 

UMPAMA BUIH DILAUTAN

 

 

Sebuah buku menarik, yang membongkar rahsia kemusnahan terhadap kemanusiaan, akibat sebuah sistem monetari dan perbankan pincang yang menyelubungi dunia kita. Disebalik kegemerlapan kekayaan planet ini yang berputar putar kedalam tangan semakin kecil jumlah pemilik kekayaan, tersembunyi suatu kesengsaraan, kemelaratan dan pengorbanan terkumpul oleh kemanusiaan yang tiada suara dan tiada terbicara. Penulis menghubungkait sebab dan akibat, dan membongkar yang terselindung, dari gaung kemiskinan dunia, ke kemuncak orgi kekayaan dalam tangan segelintir, yang dihadirkan oleh sebuah sistem yang menerima pengisytiharan perang dari Allah swt dan RasulNya.

 

 

Buku ini merupakan hasil pemikiran mendalam penulis, berbekal hampir suku abad penglibatan dalam Dunia Muamalat Islam. Pemenang Anugerah Pelajar Terbaik UIAM 2012 ini, untuk Perbankan dan Kewangan Islam, merupakan satu satunya jambatan di antara Dunia Amalan Industri Kewangan Islam, dan Dunia Akademia Kewangan Islam. Beliau mengisi jurang yang ditinggalkan Akademia di dalam Perbahasan mereka, dan dia menegur dan membimbing Industri Kewangan Islam ke arah sasaran yang mereka tersimpang.

 

Didalam bentuk yang mudah dibaca dengan fakta dan idea utama yang melompat kemata, pembaca tidak perlu mengharungi buku ratusan muka surat. Walaubagaimana pun Bibliografi yang lengkap akan membenarkan pembaca untuk mengejar kajian yang lebih mendalam. Penulis membawa umat Islam khususnya, kedalam suatu perjalanan yang akan menerangkan kepada mereka bagaimana, diakhir zaman ini mereka menepati sebuah hadis tersohor yang meramalkan mereka lemah diakhir zaman, umpama buih dilautan. Dan penulis mengupas bagaimana mereka mampu menongkah arus untuk menggapai kembali kegemilangan silam.

 

Suatu amanat yang bergema, yang perlu dihayati diakhir zaman. Suatu amanat untuk membimbing, yang tidak merupakan ancaman, kepada kemanusiaan yang sedang harungi derita.

PESANAN

RM50 senaskah, termasuk harga pos. Sila masukkan ke akaun Bank Islam No. 14014020436186 atas nama Muhammad Zahid Abdul Aziz. Dan SMS / whatsapp kpd 0122125405 atau email kpd zaziz@hotmail.com selepas bayaran dan buku akan dihantar dg segera melalui Pos Ekspress, dibalut plastik bubble. Atau akaun MBB 162478265125

Penulis

Muhammad Zahid Abdul Aziz, BA Econs (Exeter), MSc Islamic Banking & Finance (UIAM) adalah salah seorang pengasas Gerakan “Ke Arah Sistem Monetari dan Kewangan Yang Adil ” yang bertujuan memberi umat faham berkenaan peripentingnya melaksanakan Sistem Monetari Islam, didalam wadah pelaksanaan Sistem Ekonomi Islam, yang melibatkan kajian semula dan rombakan Sistem Kewangan Islam masakini. Berbekal lebih 25 tahun pengalaman dalam Industri Muamalat Islam, Pemenang Anugerah Pelajar Terbaik UIAM 2012 ini, untuk Perbankan dan Kewangan Islam, merupakan satu satunya jambatan di antara Dunia Amalan Industri Kewangan Islam, dan Dunia Akademia Kewangan Islam. Beliau mengisi jurang yang ditinggalkan Akademia di dalam Perbahasan mereka, dan dia menegur dan membimbing Industri Kewangan Islam ke arah sasaran yang mereka tersimpang. Buku ini merupakan hasil halusan pemikiran mendalam penulis, berbekal hampir suku abad penglibatan, dalam Dunia Muamalat Islam.

mz-pic-copy

20160909_164644_1473410981448

20160909_164703_1473410981316

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *