Bayangkan Dua Negara

Negara A mempunyai rizab emas yang besar tetapi tidak mempunyai wang kertas untuk menggerakkan ekonominya. Negara B hasilkan banyak makanan dan mempunyai banyak wang kertas.

Negara A mahu makanan tersebut tetapi ia tidak mempunyai wang kertas untuk melombong emas untuk mendapatkan makanan.

Di bawah sistem wang hari ini ia mesti tunggu Negara B membawa masuk wang kertas ke negaranya (baca: pelaburan langsung) sebelum ia boleh melombong emas. Sedangkan pada hakikatnya Negara A boleh mencetak wang sendiri untuk membayar rakyat sendiri untuk melombong emas. Emas itu kemudian dapat ditukar dengan makanan dari Negara B.

Di bawah sistem hari ini wang popular (baca: USD) dikuasai oleh satu negara. Ia memanipulasi dunia dengan keupayaannya untuk mencetak wang untuk kegunaan sendiri bila bila masa ia perlu.

Apa yang Negara A kekurangan bukanlah wang Negara B untuk lombong emas, tetapi kepintaran rakyat sendiri untuk melombong emas itu (baca: Teknologi dan Teknologi R & D).

Dengan sistem wang semasa kita menjadi malas. Sebalik dari mewujudkan teknologi kita sendiri untuk melombong emas kita lebih suka jalan pintas untuk mendapatkan wang orang lain ke dalam negara kita (baca: Pelaburan Langsung) dan kepintaran orang lain (baca: teknologi) untuk melombong emas kita

Negara yang diberi keupayaan antarabangsa untuk mencetak wang popular (baca: AS) ketawa sepanjang jalan kebank menimbun kekayaan.

Kepimpinan negara A tidak nampak memilikki kemahuan politik untuk berubah, atau tidak cukup memahami isu untuk berubah.

Justeru, tidakkah Negara A tergantung kepada rakyat biasanya yang mampu befikir dan memahami isu ini untuk keluarkan Negara mereka dari kemelut ini?!

Sertailah kami di Ke Arah Sistem Monetari & Kewangan Yang Adil / Towards a Just Monetary & Financial System

Lawati laman web kami di realmoney.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *